Bermula di Selangor dan berakhir di Kuala Terengganu, FKR meraikan mekanik motosikal dengan mengadakan Majlis Makan Malam Penghargaan. Sebanyak enam buah negeri telah dipilih untuk menyambut lebih kurang 600 orang mekanik motosikal FKR yang datang dari seluruh semenanjung Malaysia.
Antara lokasi yang dipilih untuk meraikan para mekanik FKR ini ialah;
-Klang, Selangor
-Ipoh, Perak
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang
-Kota Syahbandar, Melaka
-Kota Bharu, Kelantan
-Kuala Terengganu, Terengganu
Majlis Makan Malam Penghargaan ini merupakan majlis yang sangat bermakna bagi FKR sebagai tanda penghargaan meraikan seluruh mekanik yang telah mencapai kejayaan dan memberikan seratus peratus komitmen dalam penjualan tayar FKR.
Selain itu, majlis ini bukan sahaja untuk meraikan para mekanik tetapi ia juga dapat merapatkan lagi hubungan di antara pihak FKR, pengedar dan mekanik.
Menurut Pengarah Urusan FKR, En. Pornpoj Swadwan, acara ini disambut baik oleh para mekanik motosikal di seluruh Malaysia dan makan malam ini dapat merapatkan lagi hubungan antara FKR dan mekanik. Menurut beliau, “bukan hubungan rapat sahaja kita bina tapi ini adalah peluang untuk FKR lebih kenal dan mendapatkan maklum balas terhadap produk FKR.
Selain menjamu mekanik FKR dengan makanan yang lazat, acara cabutan bertuah dan nyanyian juga menjadi acara selingan untuk menggembirakan para mekanik FKR.