Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Adakah Sejarah Bakal Tercipta Disember Ini?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-05-24
in BULETIN, UTAMA
0

Bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar telah berlangsungnya majlis pelancaran dan sidang media Kedah International Bike Week 2024 (KDIBW 2024) yang diadakan pada 5 Mei lalu. Dianjurkan Bahtera Utara Worlwide dengan sokongan Jawatan Kuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Keusahawanan Negeri Kedah, KDIBW 2024 ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan yang berlatarbelakangkan keindahan dan kehijauan negeri Kedah.

Dirasmikan oleh YB Dato’ Salleh Bin Saidin, Pengerusi Pelancongan,Kebudayaan, dan Keusahawanan Negeri Kedah. Majlis pelancaran rasmi ini turut dihadiri YB Haji Muhammad Radhi Bin Mat Din, Pengerusi Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan negeri Kedah. Menyemarakkan lagi majlis ini ialah kehadiran lebih 700 penunggang motosikal dari seluruh Malaysia sekali gus menjadi titik permulaan menjelang KDIBW 2024.

KDIBW 2024 dijangka mampu mencipta sejarah dengan menghimpunkan para penunggang motosikal antarabangsa ke Malaysia. Kehadiran Lembaga Pengarah Pelancongan Thailand, Encik Adisom Sumalee di majlis perasmian ini dilihat sebagai potensi untuk membawa masuk penyertaan para penunggang dari seluruh negara Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura dan juga Brunei.

Bagi makluman, KDIBW 2024 ini dijadualkan bakal berlangsung dari 6 hingga 8 Disember di Taman Jubli Emas, Alor Setar dan menyasarkan sambutan yang lebih ramai, mengatasi penganjuran tahun sebelumnya pada tahun 2019 yang mencatatkan kehadiran sekitar 30,000 orang pengunjung. Untuk itu, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk memastikan sasaran ini berjaya dicapai.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk pameran motosikal, pertunjukan aksi ‘stunt’ yang menampilkan pemegang rekod “Malaysia Book of Record” Army Red Warrior dari Angkota Tentera Malaysia. Selain itu, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan pentas dan konsert. Manakala untuk menarik penyertaan dan kehadiran keluarga pula, pihak penganjur menyediakan karnival makanan. ~kNor~

Previous Post

Hub Buat Kaki Motor Belah Utara Semenanjung

Next Post

Raikan Bersama-sama Mekanik Motosikal Seluruh Semenanjung Malaysia

Next Post

Raikan Bersama-sama Mekanik Motosikal Seluruh Semenanjung Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved