Penganjuran Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di MAEP, Serdang terus menjadi perbualan hangat khususnya kepada para penggiat dan peminat dunia automatif, Berlangsung dari 22 hingga 26 Mei lalu, acara automotif terbesar yang diadakan di Malaysia ini berjaya menghimpunkan para penggiat terkemuka tanah air dan juga antarabangsa. Antaranya SEA Auto Parts Sdn Bhd!
Bertempat di Hall D D22A, SEA Auto Parts Sdn Bhd menampilkan reruai yang membawakan tiga jenama terkenal iaitu Pirelli, Ariete dan juga Powavolt. Sepanjang berlangsungnya program ini, reruai SEA Auto Parts Sdn Bhd menerima kunjungan para pengunjung yang tidak putus-putus.
Peluang ini digunakan SEA Auto Parts Sdn Bhd dengan mempamerkan tayar Pirelli yang tersenarai sebagai Top Product 2024. Bukan itu sahaja, turut meraih perhatian para pengunjung ialah sudut pameran jenama bateri baharu iaitu Powavolt. Lebih istimewa lagi, penampilan pelumba motosikal negara Zulfahmi Khairuddin yang meluangkan masa di reruai dan beramah mesra bersama peminat.
Pengunjung yang singgah ke booth SEA Auto Parts Sdn Bhd turut berpeluang membawa pulang hadiah menerusi segmen Cabutan bertuah dan barang-barang terhad keluaran jenama-jenama edarannya. Tahniah kepada SEA Auto Parts Sdn Bhd kerana berjaya menjadi salah satu tarikan utama sepanjang berlangsungnya Malaysia Autoshow untuk tahun ini!