Tahun 2024 masih lagi baharu, terlalu banyak kenangan tahun lalu mahu dikongsikan bersama agar kekal mekar dalam ingatan. Begitu juga dengan aktiviti gah yang sempat dianjurkan kelab komuniti Raiderz Benelli Crew Legacy dengan kerjasama Onza Helmet di penghujung tahun lalu.
Konvoi ini diadakan bersesuaian dengan keluaran khas jenama Onza Helmet yang dijual dalam kuantiti. Manakala lokasi yang menjadi pilihan pula ialah Melaka kerana terdapat banyak lokasi menarik untuk dituju. Ramai yang memberikan komen positif dengan menyatakan, Onza Helmet ini sangat selesa dipakai walaupun tempoh perjalanan yang lama dan jauh.
Rekabentuknya yang cantik, diserikan dengan warna menarik serta dipadankan bersama Visor Smoke untuk melindungi mata dari cahaya matahari. Satu pembelian yang berbaloi dan sangat memuaskan untuk kegunaan harian mahupun beriadah seperti berkonvoi dengan jarak jauh.
Berminat untuk dapatkan Onza Helmet MBA dan D2, hubungi 019-7906968