Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bawah Harga RM100k, Tampil Ciri-Ciri Mewah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-01-12
in BULETIN, UTAMA
0

CFMOTO Malaysia akhirnya melancarkan model kategori Grand Tourer 1250TR-G pada harga rahmah RM88,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan untuk pasaran tempatan. Model CFMoto 1250TR-G menyerlahkan ciri-ciri kemewahan sekali gus menjanjikan jentera ini dari segi kelebihan teknologi amat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti pengembaraan pada jarak jauh.

Untuk info, CFMOTO 1250 TR-G telah dibangunkan oleh enjin V-Twin 1,279cc yang menjana kuasa maksimum 140hp pada 8,5000rpm dan tork 120Nm pada 7,000rpm. Antara ciri kemewahan yang terserlah adalah penggunaan sistem keyless entry, pembesar suara dari jenis JBL, menggunakan papan instrumen TFT dengan Multi Media Interface (MMI) bersaiz 12.3” dengan operasi mesra pengguna. Selain itu juga, ia turut menyediakan paparan maklumat yang diperlukan serta sambungan Bluetooth.

Jentera 1250TR-G turut dilengkapi dengan “throttle” elektronik serta 3 mod tunggangan iaitu Sport, Comfort dan Rain memberikan pengalaman tersendiri semasa berada di situasi atau jalan yang berbeza. Kemudian, penghadang angin pada motosikal ini boleh dilaras dengan kawalan butang.

Tidak dilupakan juga, CFMOTO 1250TR-G memiliki konfigurasi sistem bunyi berteknologi tinggi yang memberikan pengalaman untuk tunggangan yang mengasyikkan, dilengkapi dengan sistem pemantau tekanan tayar (TPMS). Untuk keselamatan yang optimum, sistem brek hadapan menggunakan reka bentuk dwi-cakera bersaiz 320mm dan cakera tunggal 270mm pada brek belakang. Kedua-duanya lengkap dengan caliper berjenama Brembo.

Menambahkan lagi ciri keselamatan pada model ini, ianya dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran. Ianya demi memastikan prestasi brek yang tepat lalu menjamin piawaian keselamatan yang cemerlang. Penyerap hentak jenis Marzocchi dengan tetapan yang boleh dilaras turut dipadankan pada jentera CFMOTO 1250TR-G sekali gus menjadikan jentera ini menyediakan kawalan yang luar biasa dengan prestasi menyerap hentakan demi keselesaan penunggang.

Terdapat juga sistem Up-down Quickshifter yang memberi membolehkan penunggang menukar gear tanpa menggunakan klac, lalu menawarkan pengalaman yang selesa dan santai kepada penunggang. Model grand tourer dari CFMOTO ini menggunakan sistem pencahayaan LED penuh pada lampu hadapan dan juga belakang. Menariknya, lampu Daytime Running Light (DRL) berfungsi untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan juga penglihatan yang optimum. Manakala, lampu belakang LED yang bergaya dan terang meningkatkan keterlihatan dengan reka bentuk moden dan bergaya.

Dengan kesemua spesifikasi, dan ciri-ciri berteknologi tinggi ini, ianya menjadikan CFMOTO 1250TR-G bukan sahaja sesuai untuk kegunaan peribadi malah sesuai untuk agensi penguatkuasa kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya.

Bagi mengekalkan kualiti pemasangan, setiap CFMOTO Malaysia telah diberikan latihan teori dan teknikal yang komprehensif mengenai standard pemasangan oleh CFMOTO Global dengan penglibatan pakar tempatan yang mahir dan berpengalaman. Selain itu, CFMOTO Malaysia turut mendapat latihan tentang cara melakukan penyelenggaraan dan penggunaan peralatan khas yang disediakan.

Bukan itu sahaja, CFMOTO Malaysia telah menguji motosikal ini dengan jarak keseluruhan sejauh 50,000km. Ia telah melalui pelbagai ujian, seperti ujian ketahanan, selekoh, dan ujian perjalanan jarak jauh. Kesemua jenis ujian ini adalah standard yang dipatuhi oleh CFMOTO Malaysia bagi memastikan prestasi model ini berada pada tahap yang cemerlang.

Ini kerana, jika perlu, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) akan menambah baik dari segi sistem atau komponen motosikal bagi memenuhi keperluan pasaran Malaysia. Dengan setiap pembelian CFMOTO 1250TR-G, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.

Jentera ini ditawarkan dengan dua pilihan warna pilihan Biru (Twilight Blue) atau Putih (Nebule White) dan anda boleh menyaksikan secara dekat di mana-mana pengedar sah CFMOTO di seluruh Malaysia bermula minggu hadapan.

Previous Post

PD Waterfront Jadi Pilihan Sebagai Lokasi Tahunan

Next Post

Raiderz Benelli Crew Legacy Dan Onza Helmet, Jelajah Beberapa Lokasi

Next Post

Raiderz Benelli Crew Legacy Dan Onza Helmet, Jelajah Beberapa Lokasi

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved