Program ride pembukaan tahun 2024 telah dilaksanakan di sekitar Komtar dan Masjid Kapitan Georgetown bersama Mr Red Speed Motorworks (MRSM) yang turut disertai OHSEM Bikers dan NVOG & Friends. Kehadiran lebih 100 buah motosikal pelbagai cc menghangatkan suasana malam minggu pada 13 Januari lalu dan berjaya mencuri perhatian warga ibu kota. Program ini telah dijayakan bersama Pusat Khidmat Adun Seberang Jaya serta mendapat kelulusan sewajarnya.
Sebelum program dimulakan, para peserta terlebih dahulu diberikan sedikit taklimat serta penerangan berkaitan konvoi yang disampaikan oleh pengerusi program, saudara Azmi. Selepas sesi bacaan doa selamat, para peserta dilepaskan oleh wakil YB Adun Seberang Jaya dan perjalanan program ini dimulakan dari Kedai Merah Speed Permatang Pauh pada jam tepat pukul 9.00 malam.
Para peserta konvoi menyusuri Jalan Baru Prai sebelum memasuki Jambatan Pulau Pinang menuju ke RV kedua iaitu di Caltex, Tengku Kudin untuk Re-Group sebelum berlepas ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi meraikan Majlis Bantuan Makanan kepada para gelandangan di sekitar kawasan tersebut. Seterusnya, para peserta bergerak pula ke Masjid Kapitan untuk penyerahan bantuan.
Kehadiran peserta Konvoi Misi Bikers Bersama Gelandangan telah menarik perhatian dan minat para penduduk setempat. Malah, pelancong yang hadir memuji usaha bikers membantu golongan gelandangan yang perlu diberikan perhatian. Bagi makluman, jumlah gelandangan yang ada sudah berkurangan dengan adanya program kesedaran oleh pihak berkuasa mewujukan Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang sekali gus dapat membantu golongan yang memerlukan.
Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam Misi Bikers Bersama Gelandangan khususnya kepada penyumbang yang menyediakan Pek Makanan serta beberapa kelengkapan lain yang turut dibawa untuk diserahkan kepada golongan gelandangan. Para peserta turut menyeru golongan gelandangan untuk mendaftar dengan pusat transit gelandangan supaya pihak berkuasa dapat memantau kebajikan dan pergerakan mereka.
Bagi makluman, program konvoi ihsan anjuran Kumpulan Mr. Red Speed Motowork (MRSM Bikes) kali ini banyak mengajar tentang erti sedekah dan beramal tidak kira bangsa dan agama, di mana para peserta konvoi melahirkan rasa bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk beramal kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi selepas pasca COVID-19 yang lalu sekaligus mengeratkan silatulrahim antara bikers semua.
Perkongsian;
Fazrul NVOG