Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

R25, Selamat Datang Keluarga R!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-03
in SHOW OFF, UTAMA
0

Hong Leong Yamaha (HLY) mungkin pemegang jenama motosikal paling bertuah di Malaysia. Apa sahaja model yang diperkenalkan baik model baru, model facelift, model ganti sticker, semuanya laris bak goreng pisang panas. Mengambil alih pasaran dari Boon Siew Honda yang ketandusan model-model baru di awal millenia, Yamaha mengukuhkan kedudukan dengan lebih 600 pengedar dan sub-pengedar, promosi yang meluas dan paling penting produk mereka terbukti berkualiti dan tahan lasak.

Padahal motosikal urban Yamaha 4 lejang moped agak lewat di pasaran berbanding Honda (EX5/C70), Kawasaki (Joy) dan Suzuki (FX) sekalipun. Seingat saya, Yamaha bermula dengan model underbone SRE yang meminjam casis SS110. Tak laku mana pun. Yamaha lebih sinonim dengan model 2 lejang ‘vintaj’ seperti SS-Two, RX-Z, TZM dan 125Z. Sehinggalah munculnya Lagenda dan LC135 pada 2007. (Ego, Nouvo tu dalam kategori lain)

Fokus HLY terhadap motosikal berkuasa tinggi juga amat kecil. Dari zaman saya sekolah lagi, model R1, R6, FJ tak pernah diambil peduli pun (mereka cuma jual Virago 535 dan Super Tenere). Yalah. Jual motosikal kecil sampai beribu unit sebulan, kenapa perlu bersusah payah teroka pasaran baru yang banyak sangat cabarannya? Tapi pada hari ini, pasaran motosikal ‘besar’ dah mula membanjiri industri. Terima kasih pada AEON Credit, Al-Rajhi Bank, RHB, BSN Commercial, Maybank, MBSB dan beberapa pembiaya kewangan yang menawarkan pinjaman sehingga 100 peratus (terima kasih juga pada konsesi tol yang naik harga dan tak pernah turun!)

Di atas kertas, enjin ini mampu menghasilkan 35bhp dan 22Nm tork. Sebaik pendikit diperah, kuasa diterjemahkan dengan jitu, linear dan torknya enak pada mana-mana gear. Penukaran gear juga sangat lancar malah lebih lancar dari kebanyakan sportbike lebih besar yang pernah saya tunggang. Klacnya juga lembut, macam tak padan dengan saiz enjin dan kotak gearnya.

Bermain-main dengan gear tengah dan tinggi membolehkan kita menyesuaikan diri dengan corak kelajuan. Karekteristik enjin ini lebih kepada high end tork. Justeru, lebih sedap kalau gear ditukar pada RPM tinggi. Ia dikatakan mampu memecut sehingga 177km/j tapi saya cuma berani setakat 160km/j, boleh pergi lagi tapi hati tak cukup kering.

Ramai juga yang bertanya, berapa top speed motor ni? Soal saya semula, kenapa mesti kelajuan maksimum yang selalu jadi persoalan? Kita nak tork yang linear bukan top speed sampai 200kmj, tapi nak maintain 100 kena pakai gear 5 dan tersengguk-sengguk dalam kesesakan trafik.

Rekabentuk model-model R Yamaha memang layak dipuji. Berbeza dengan R125 dan R15 yang lebih mirip kepada R6, R25 ini nampaknya cenderung pada rupa gandingan YZF-R1 dan M1 (MotoGP). Sepasang lampu depan projektor nampak macam mata yang nak menerkam. Fairing sisi direka supaya nampak tirus, tapi bila lihat dekat tak nampak motosikal ini macam 250cc pun. Fairing juga berintegrasi baik dengan garis condong tangki minyak. Haba panas enjin memang tak terasa langsung walaupun dalam sesak teruk.

Sudut tunggangan R25 memang sangat selesa untuk sebuah sportbike. Jurutera Yamaha memfokuskan produk R25 (R15 dan R125) ini ke pasaran Asia yang dilihat mempunyai potensi besar. Indonesia, Filipina dan India adalah pasaran penting dan motosikal entry level ini adalah batu loncatan kepada penunggang amatur sebelum memulas pendikit R6 dan R1.

Lazimnya saya akan hanya menguji motosikal begini pada hujung minggu tapi tidak untuk R25. Ia boleh mencelah dengan yakin berbanding skuter (sebenarnya badan motor ini memang kurus). Kuasa memotong, membrek dan menukar arah pada manuver pendek tidak jadi masalah langsung. Pelananya cukup lebar dan selesa. Bar hendal sebenarnya berkedudukan agak tinggi menjadikan tunggangan selesa. Kalau dibandingkan dengan sudut tunggangan Aprilia RS125, 250 atau TZM zaman dulu pun R25 ni menang dari segi egronomik.

Tayar belakang motosikal ini bersaiz 140 berjenama IRC. Jadi secara automatik menghilangkan rasa yakin nak turun selekoh sebab tak tahu asal usul dari mana. Pada umur dah masuk ‘4 series’, nak melayan selekoh pun tak serakus dulu. Saya hanya melayan selekoh panjang dan barulah boleh hargai sebenarnya seronok layan motosikal yang ‘nimble’ begini.

Bila sampai di lampu isyarat, ramai yang tenung lama R25 ni dan memang diakui, bentuknya memang menarik perhatian. Corak rim berjejari Y, lengan ayun belakang berbentuk ‘pisang’, ekor belakang yang tirus dengan split seat dan peredam ekzos yang gemuk memberi ilusi kelihatan macam 600cc, tapi ada pelekat 250 pula di bahagian fairing hadapan. Ah, kantoi!

Hari ini, sudah ada banyak pilihan sportbike dalam kelas 250. Boleh pilih antara CBR250R, Ninja 250 atau R25. Harga masing-masing pun tak banyak berbeza. Harga R25 dengan GST (tanpa OTR) ialah RM19,783. Cuba ke kedai atau pusat jualan yang ada model pandu uji. Rasa dan tunggang sendiri. Saya pasti anda akan berkongsi satu perkara. Ia sportbike yang dibuat untuk ditunggang setiap hari. Ya. Ia patut diletakkan tagline ‘The Everyday Superbike’.
* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 27

Previous Post

Kerjasama Baharu Zurich Malaysia Permudahkan Pembaharuan Cukai Jalan Dan Pembelian Insurans Kenderaan

Next Post

Suzuki Auzuki Assemblers Malaysia Tutup Dan Diganti Dengan Syarikat Baharu, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd!

Next Post

Suzuki Auzuki Assemblers Malaysia Tutup Dan Diganti Dengan Syarikat Baharu, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved