Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Suzuki Auzuki Assemblers Malaysia Tutup Dan Diganti Dengan Syarikat Baharu, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-03
in BULETIN, UTAMA
0

Pada tahun 2016, pengilang motosikal jenama Suzuki, Suzuki Assemblers Malaysia mengambil keputusan untuk menutup kilang pengeluarannya di Prai, Pulau Pinang. Kilang yang dibuka sejak tahun 1971 bertanggungjawab menghasilkan banyak model popular Suzuki seperti GP100 (Jipang), RC, Suzuki Best, Panther, Gamma RG, RGV, RGX dan FXR150.

Langkah yang mengejutkan itu dibuat tidak lama selepas Suzuki Malaysia Automobile (SMA) mengundurkan diri daripada pasaran kereta di Malaysia. Angka jualan yang tidak memberangsangkan menjadi punca utama kenapa Suzuki bertindak untuk keluar dari negara ini. Biarpun kilang ditutup, Suzuki Assemblers Malaysia tidak menghentikan operasinya 100 peratus. Sebaliknya, ia masih beroperasi dengan menawarkan model-model import sepenuhnya dari Jepun.

Buktinya, tahun lalu Suzuki Assemblers Malaysia membawa masuk jentera ikonik, Katana ke pasaran Malaysia pada harga RM85,000 seunit.

Namun, semua itu nampaknya sudah berakhir apabila kami ada menerima salinan surat yang dikongsi di media sosial, menyatakan bahawa Suzuki Assemblers Malaysia akan menutup sepenuhnya operasinya di sini. Surat rasmi yang dihantar keperada semua pengedar sah Suzuki tersebut bertarikh 1 Julai 2020.

Isi kandungan surat itu adalah seperti berikut:

PENUTUPAN SUZUKI ASSEMBLERS MALAYSIA SDN. BHD

Kami ingin memaklumkan kepada semua pengedar Suzuki bahawa Suzuki Assemblers Malaysia akan menutup perniagaannya di Malaysia.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard kami, kami ingin memaklumkan kepada semua pengedar yang semua transaksi perniagaan akan dihentikan berkuat kuasa pada 1 Julai 2020. Justeru,

Kami akan menamatkan semua kontrak pengedar Suzuki berkuat kuasa pada 31 Julai 2020
1. Semua jaminan bank kepada Suzuki Assemblers Malaysia akan dipulangkan kepada syarikat anda, pada atau sebelum 15 Ogos 2020
2. Semua deposit tunai akan dipulangkan kepada syarikat anda, selepas ditolak sebarang tunggakan jika ada, menerusi perbankan internet pada atau sebelum 15 Ogos 2020
3. Perniagaan masa depan akan dikendalikan oleh Suzuki Malaysia Sdn Bhd. (SMSB). Wakil SMSB akan menghubungi anda nanti
4. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat kami.

Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda kepada Suzuki Assemblers Malaysia selama ini. Kami juga berharap anda akan terus menawakan perkhidmatan selepas jualan kepada para pelanggan.

Surat tersebut ditandatangani sendiri oleh Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Malaysia, Kunihiko Uetsuki. Jadi, jelaslah bahawa Suzuki Assemblers Malaysia akan menamatkan operasinya, tetapi akan digantikan dengan sebuah syarikat baharu iaitu Suzuki Malaysia Sdn Bhd. (SMSB).

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

R25, Selamat Datang Keluarga R!

Next Post

Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia; Hafizh Syahrin Harap Lepas Sekatan

Next Post

Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia; Hafizh Syahrin Harap Lepas Sekatan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved