Selepas penundaan tiga pusingan Kejohanan Motosikal Asia 2020 yang sepatutnya berlangsung di Australia, Jepun dan China, pusingan kelima turut ditunda kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Pusingan kelima yang dijadualkan berlangsung pada 21 sehingga 23 Ogos ini di Litar Antarabangsa Chang, Buriram di Thailand terpaksa dibatalkan ekoran wabak pandemik Covid-19.
Two Wheels Motor Racing bersama Litar Antarabangsa Chang dan FIM Asia akan mengumumkan tarikh baru yang sesuai. Memandangkan kejohanan ini disertai para peserta dari lebih 11 buah negara, pelbagai isu melibatkan sekatan perjalanan dan mematuhi proses kuarantin mengikut jadual yang ditetapkan agak mencabar. Justeru, tarikh baru beserta kalendar kejohanan baharu untuk musim 2020 akan diumumkan secepat mungkin.