Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ducati Diavel; Superb Cruiser

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-10
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ducati Diavel, satu nama yang pelik dipilih oleh pengeluar motosikal Ducati. Agak terkejut dan hairan bila kali pertama melihatnya. Saya yang memang tidak asing dengan keluarga Ducati, tertanya dalam hati dari mana datangnya ilham jurutera pereka bebas iaitu Glynn Kerr yang telah diberi mandat oleh ketua perekacipta Ducati, Pieere Terblanche hingga terhasilnya Ducati Diavel ini. Saya pernah memiliki Ducati 916 Biposto, Ducati Monster 750 dan sekarang memiliki Ducati Multistrada 1200s amat kaget dengan model Diavel yang bagi saya seolah-olah “kerbau Bajak”. Besar dan mengembang di depan.

Peluang menunggang uji Ducati Diavel tidak saya sia-siakan kerana jentera ini walaupun jenama yang sama saya gunakan, tetapi terdapat fungsi yang berbeza serta perlu dipelajari dan penyesuaian dengan Ducati Diavel semasa menunggang agak ketara dari model-model Ducati yang pernah saya tunggang.

Ducati Diavel yang beratnya 210 kg dan disempurnakan dengan enjin L-Twin 1198 berkemampuan menghasilkan kuasa kuda sebanyak 162. Tambah mengejutkan lagi apabila melihat saiz tayar belakang yang digunakan. Terus terang saya katakan inilah model Ducati yang pertama kali menggunakan tayar belakang saiz sebesar ini 240/45ZR17. Jurutera Ducati telah mengesyorkan tayar jenama Pirelli Diablo Rosso 11 bersesuaian dengan jentera ini.

Sistem kunci tidak ada perbezaan dengan Ducati Multistrada iaitu ” keyless”. Sistem ini sama seperti yang digunakan oleh Kawasaki GTR 1400. Ianya memudahkan serta menjamin keselamatan motosikal. Kerana kunci sentiasa berada dipoket penunggang dan tanpa kunci (Transponder Code) serta seandainya berada dijarak yang tidak dapat dikesan oleh Immobilizer yang terdapat di motosikal tersebut, maka enjinnya tidak akan dapat dihidupkan. Persamaan dengan Multistrada juga terdapat pada sistem kekunci Diavel. Iaitu “PINCODE”. Ianya boleh disetkan oleh penunggang semasa enjin dihidupkan juga memudahkan penunggang seandainya kunci tertinggal, tolak saja butang (Anak Panah) di kiri handle bar dan paparan di skrin akan meminta kita memasukkan nombor pin yang telah disetkan tadi.

Dengan Digital Meter yang dipasang pada model ini, ternyata pelbagai perkara yang berhubung kait dengan sistem enjin ini perlu dipelajari dan titikberatkan demi melicinkan pergerakan dan merasai kenikmatan menunggang Ducati Diavel. Jentera ini dilengkapi dengan DTC (Ducati Traction Control) yang mana bergantung pemilihannya kepada penunggang sama ada ingin menghidupkan DTC atau mematikannya semasa menunggang. Terdapat 3 Mod yang berbeza; Bandar (Urban) yang memotong output 100hp dan kawalan cengkaman. Mod Santai (Touring) dengan output di 162 rendah dan terakhir mod Sukan (Sport) di output 162 HI. Mod Sukan (Sport) ini kebiasaannya digunakan untuk merasai pecutan dan kehebatan Diavel ini. Perbezaan Mod Ducati Diavel dan Ducati Multistrada hanya satu. Di mana Ducati Multistrada mempunyai kelebihan Mod Enduro (Off Road). Pengalaman saya menunggang kedua jentera Ducati Diavel dan Ducati Multistrada mendapati penukaran mod ini sama saja hanya mengambil masa 6 saat untuk bertukar dan berfungsi. Disamping itu kelebihan pada kedua model Ducati ini penukaran mod tersebut boleh dilakukan ketika dalam kelajuan yang tinggi, tindakan yang perlu diambil untuk penukaran mod hanya lepaskan throttle minyak dan terus membuat penukaran mod mengikut pilihan di handle bar yang terletak di sebelah kiri. Mudah dan cepat.

Penunggang yang ketinggiannya 5′ 5” akan merasakan tangki motor ini berada di atas paras pusat. Saya kategorikan stail ini “Duduk Dalam Motor”. Sepanjang menunggang tiada rasa lenguh atau dihempas angin dari hadapan meskipun memecut di kelajuan hampir mencecah 200km/j. Cuma terasa bahang panas dari paip ekzos yang terletak di sebelah kanan. Pengalaman menunggang sejauh 250km cukup mengasyikkan, pikap (tork) yang cukup kuat merupakan satu kelebihan Ducati. Kestabilan ketika memecut merupakan kelebihan. Ini kerana berdasarkan berat jentera dan rekabentuk fairing yang sederhana di depan yang menghala terus aliran udara. Diavel di dalam siri Ducati mempunyai tempat duduk yang paling rendah. Ianya memudahkan penunggang untuk memastikan kedua kaki di atas tanah dan lebih menyakinkan. Disamping itu pengendalian teknikal digunakan di mana dua radiator sisi yang sangat berkesan telah diletakkan pada kedua-dua belah Ducati Diavel ini.

Sistem brek Diavel di hadapan menggunakan angkup monobloc jenama Brembo dengan dipasang 320mm cakera (disc), manakala 265mm cakera (disc) tunggal di belakang juga menggunakan Brembo. Terkini sistem brek pada Ducati Diavel dilengkapi paling padat. Ducati Bosch-Brembo yang lebih memberikan sumbangan besar ke arah kawalan prestasi brek. Komponen Top Brembo digabungkan dengan Bosch ABS, konfigurasi casis Diavel Khas dan Teknoloji Patch Pirelli ini dipertingkatkan (EPT) menyebabkan prestasi brek yang lebih hebat dari Superbike Ducati.

Ukuran Ekzos 58mm membawa kepada sistem 2-1-2. Sehinggakan apabila rpm mencecah 4000-5000rpm barulah kedengaran bunyi enjin L-twin dan Ram Air yang mengkagumkan pada Diavel. Penunggang yang inginkan bunyi yang lebih padat menukarkan ekzos bersesuaian dengan jentera Ducati Diavel adalah pilihan yang tepat.

Penggantungan depan (Fork) berjenama Marzocchi digunakan. Fork depan adalah dilaras sepenuhnya untuk pantulan (Spring) Pra-Beban, mampatan dan pemulihan redaman (Damper). Sementara itu penggantungan belakang Diavel menggunakan Jenama SACHS. Ianya tersangkut rendah dibawah casis dalam keedudukan mendatar. Single Swing Arm (Swingarm Tunggal Berat Sebelah), panjang, diperbuat dari Aliminum cast Dead.

Lampu depan Ducati Diavel memberikan jentera ini identiti serta merta dan disokong oleh luaran body nya yang beraliminium. Lampu belakang begitu canggih menggunakan dua jalur yang jelas menegak LED untuk brek dan ekor. Ianya juga sebagai panduan yang jelas kepada kenderaan lain yang mengekori jentera ini.

Rumusan saya tentang Ducati Diavel ini ialah cepat, tangkas dan kuat. Sebuah jentera yang akan membuatkan anda jatuh cinta dari awal mula melihat, mendengar enjin dan menunggang.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 15

Previous Post

Pusingan Ke-5 Kejohanan Motosikal Asia 2020 Ditunda

Next Post

Yamaha MT-09 Naked Sport Bike

Next Post

Yamaha MT-09 Naked Sport Bike

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved