Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki Z 250SL, Supernaked Yang Agresif

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-09
in SHOW OFF, UTAMA
0

Motosikal versi naked dan konsep rekaan agresif seperti model-model Z yang lain ini digerakkan oleh enjin silinder tunggal 249cc, empat strok yang sama seperti model Ninja 250SL. Agak terkejut juga bila mula menunggang motor ini, seumpama bermimpi. Kenapa saya berkata begitu? 10km pertama menunggang motor ini membuatkan saya tertanya, adakah versi naked ini lebih ringan dari model Ninja 250SL. Ternyata persoalan yang bermain dalam fikiran itu benar. Model Z 250SL ini 3kg lebih ringan dari model Ninja 250SL dan 20 kg berbanding model Z 250 berenjin dua silinder.

Z 250SL menggunakan enjin dan badan yang ringan memperlihatkan usaha Kawasaki dalam menawarkan motosikal berprestasi hampir sama dengan model KRR yang dihentikan pengeluarannya. Bukan setakat meningkatkan prestasi tapi badannya yang ringan ini juga menjadikan Z 250SL mudah dikendali. Terlalu mudah dan cukup membanggakan semasa menyelit di celah-celah kenderaan. Pada saya model ini teramat sesuai pada penunggang baru dan juga wanita yang mula berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi.

Z 250SL didatangkan dengan binaan casis yang sama dengan ninja 250SL iaitu bingkai kekisi ringan. Kalau diperhatikan betul-betul kerangka sebegini menjadi kegemaran pengeluar motosikal Itali. Menunggang sejauh 200km meyakinkan saya, model ini boleh dikategorikan Supernaked di kelas 250cc. Rekaannya cukup ringkas di mana kawalan yang tangkas dan gaya ergonomiknya yang agresif, membuatkan saya merasakan tidak pernah mengalami tunggangan di bandar semudah Z 250SL.

Bersesuaian dengan perkataan ‘SL’; Slim And Lighweight. Motosikal ini berjaya menarik perhatian dan pelbagai gelaran turut diberikan. Saya memilih satu gelaran sahaja yang ringkas dan bersesuaian dengan fizikal body motor ini, “Senang Lepas”. Ada kebenarannya dengan gelaran tersebut kerana mencelah, mengambil selekoh yang kecil serta merentasi halangan teramat mudah bagi Z 250SL.

Dari segi enjin, Supernaked 250cc ini dikuasakan dengan cecair penyejuk 249cm3, enjin 4 silinder tunggal DOHC serta memberikan deruman yang pantas. Prestasi kelajuan dalam pakej kompak dengan suntikan bahan api yang menjamin kelancaran dan penyaluran kuasa yang mudah dikawal dalam apa jua rpm. Seperti biasa model ‘SL” baik ‘Ninja’ mahupun ‘Z’ hasil ujian yang saya buat, kita akan merasakan tork yang rendah dan pertengahan untuk pecutan yang awal.

Paling senang kita katakan permulaan gear 1 dan 2, dapat dirasakan seakan-akan jentera ini agak perlahan untuk memecut. Tapi pada saya itu normal jika dikaji dari segi kuasa kudanya dan kebiasaan enjin 4 lejang. Jangan terkejut dengan kehebatannya apabila kita pulas throttle untuk menilai kemampuannya, jentera ini mengeluarkan kuasa serta kehebatan yang sebenar sehinggakan saya sendiri tidak percaya dengan kemampuan jentera yang sekali pandang nampak ringkas, itulah dia Z 250SL. Belum cuba belum tahu.

Apakah yang menyumbang kepada kestabilan dan kesimbangan kawalan ringan di motor ini? Jawapannya mungkin ditemui apabila menunggangnya tapi seandainya hanya sekadar melihat saja, tiada apa-apa yang dapat dirasakan. Fork teleskopik 37mm dengan strok 110mm dan suspensi Uni Trak yang lengkap merupakan ciri utama penyumbang kepada kestabilan dan keseimbangan jentera ini. Suspensi telah dikompres bagi mengurangkan kesan kepada hentakan keras. Redaman akan terasa sedikit sahaja pada hentakan kecil dan semakin kuat pada hentakan besar. Itulah suspensi belakang yang bercirikan Uni Trak.

Kecerahan dan jarak simbahan cahaya Z 250SL tidak perlu dipertikaikan. Lampu depan bersifat Dwi Pantulan memancarkan cahaya yang sangat jelas. Pancaran cahaya jentera ini sama seperti jentera Z 1000 model 2014. Ianya menambahkan lagi keyakinan ketika menunggang di waktu malam apatah lagi ketika memecut. Lampu hadapan Z 250SL yang kompak dan dilitup serta tunggal menampakkan lagi bentuk kelangsingan motor ini sambil menambahkan Supernaked yang agresif. Ianya merupakan salah satu elemen yang mengayakan model Z 250SL. Keterujaan menunggang di waktu malam diserikan lagi dengan paparan digital meter yang memberikan maklumat yang teramat jelas untuk panduan kita. Berlatarkan lampu merah yang jelas, kompak dan bersifat dwi fungsi digital. Jadi kita tidak perlu risau ketika menunggang jentera ini kerana segala maklumat asas tertera di paparan digital meter apabila sahaja enjin dihidupkan.

Tempat duduknya agak sedikit tirus atau pun kecil di depan, ini berkemungkinan hujungnya direka bagi lebih menampakkan sedikit sporty dan ianya juga bertemu dengan tangki minyak. Hanya 785mm sahaja ketinggian tempak duduknya dan sememangnya memudahkan penunggang jejakkan kaki ke tanah ketika berhenti. Sementara tempat duduk belakangnya berfungsi saya sifatkan sebagai back rest setelah menunggang agak jauh. Tetapi ianya merupakan penahan ketika melakukan pecutan. Apa pun jentera Kawasaki dari dulu hingga sekarang sememangnya terbukti breaking enjinnya. Rentapan serta daya perlahankan kelajuan terbukti keberkesananya begitulah juga dengan Z 250SL memang ‘SUPERB’.

Kawasaki Z 250SL
Spesifikasi
Enjin : 4 lejang, sejukan cecair, tunggal
Kuasa Maksima : 20.6kw/9, 700rpm
Tork : 22.6Nm/8, 200rpm
Transmisi : 6 kelajuan (gear)
Tayar : Depan 110/80/17
Belakang 130/70/17
Suspensi : Depan: Rahang Telekospik 37mm
: Belakang : Bottom Link Uni-Trak dan parabeban boleh laras 5 arah
Brek : Depan : Cakera berkelopak tunggal 290mm, angkup dwi-omboh
: Belakang:Cakera berkelopak tunggal 220mm, angkup dwi-omboh
Tinggi : 1.075mm
Berat : 150kg
Bahan Api : 11 liter

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 11

 

 

Previous Post

Program Restorasi Khas Honda RC30 Dilancarkan

Next Post

Pusingan Ke-5 Kejohanan Motosikal Asia 2020 Ditunda

Next Post

Pusingan Ke-5 Kejohanan Motosikal Asia 2020 Ditunda

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved