Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pusingan 10 Hadir Dengan Aksi Paling Mendebarkan Tahun Ini

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-11-24
in BULETIN, UTAMA
0


Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Bandar Medini Iskandar, Johor menutup tirai musim dengan aksi yang padat, mendebarkan dan penuh drama merentasi tiga kategori utama. Setiap perlumbaan menonjolkan pertarungan sengit antara pelumba terbaik negara, sambil gelaran juara keseluruhan bagi setiap kelas akhirnya dimuktamadkan.

Dalam kategori CP150, perlumbaan menyaksikan kebangkitan mengagumkan Nazirul Izzat Md Bahauddin daripada PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR yang berjaya menamatkan musim dengan kemenangan bergaya. Selepas bermula rapat di belakang Ahmad Afif Amran dan Md Akid Aziz, Nazirul mula menguasai perlumbaan seawal pusingan ketiga, bertarung sengit dengan kedua-dua pesaingnya sehingga ke garisan penamat. Aksi berbalas pintasan antara trio ini menjadi tumpuan utama, terutama ketika kedudukan berubah hampir setiap pusingan.

Perlumbaan semakin tegang apabila Afif kembali mencabar kedudukan teratas pada pusingan ke-12, namun Nazirul kekal konsisten dan mengekalkan kelebihan sehingga selesai. Nazirul akhirnya muncul juara dengan catatan 14’37.880s, diikuti Akid dan Afif. Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, Afif sudah pun disahkan sebagai Juara Keseluruhan CP150 sejak Pusingan 8, dengan kutipan 214 mata musim ini.

Top 3 Terpantas – CP150
1. Nazirul Izzat Md Bahauddin – Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor (14’37.880s)
2. Md Akid Aziz – Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing (14’38.019s)
3. Ahmad Afif Amran – Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing (14’38.069s)

Top 3 – Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran – Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing (214 poin)
2. Kasma Daniel Kasmayudin – Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor (152 poin)
3. Md Akid Aziz – Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing (141 poin)

Kategori CP125 pula menyaksikan persembahan mantap daripada Md Khairi Asyraf Mahmood dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM. Selepas bermula dengan saingan rapat bersama Adie Putra Sukarno, Khairi segera mengukuhkan kedudukannya di hadapan dan tidak lagi melepaskan peluang. Rentaknya kekal kukuh sepanjang perlumbaan, membolehkan beliau mencatatkan kemenangan dengan masa 11’23.690s.

Di belakang, pertarungan merebut kedudukan podium melibatkan Farid Hakimi dan Arash Tsunami Kamarudin yang akhirnya menamatkan perlumbaan masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Sementara itu, pendahulu kejuaraan, Md Izam Ikmal Izamli, menunggang lebih berhati-hati kerana hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan gelaran. Strategi tersebut berhasil apabila beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, cukup untuk meraih gelaran Juara Keseluruhan CP125 2025.

Top 3 Terpantas – CP125
1. Md Khairi Asyraf Mahmood – Jetron Yamaha YYPang Racing Team (11’23.690s)
2. Md Farid Hakimi Farid Sezli – Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing (11’24.273s)
3. Arash Tsunami Kamarudin – Atas Ahm Motor Sports (11’25.332s)

Top 3 – Kedudukan Keseluruhan
1. Md Izam Ikmal Izamli – Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing (164 poin)
2. Md Syamil Amsyar Md Iffende – Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing (139 poin)
3. Arash Tsunami Kamarudin – ATAS AHM Motor Sports (119 poin)

Dalam kategori WIRA KBS, perlumbaan turut menyajikan aksi dramatik, terutama selepas insiden minyak tumpah yang menyebabkan perlumbaan dihentikan sementara dengan bendera merah. Sebaik disambung untuk baki 8 lap, Raiyan Khardanee M Sanusi daripada PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING mengambil alih penguasaan dan mempamerkan kelajuan konsisten yang meninggalkan pesaing lain jauh di belakang.

Saingan di kelompok hadapan melibatkan rakan sepasukan Farres Putra, Raja Abdurraqib dan beberapa pelumba lain, namun kedudukan tiga teratas kekal sehingga tamat perlumbaan. Raiyan menutup perlumbaan dengan masa 6’14.708s, diikuti Farres dan Md Al-Syafiq Md Al-Amirul Zaki. Gelaran juara keseluruhan kategori WIRA KBS pula sudah pun disahkan pada pusingan sebelumnya, milik Md Akif Abdullah yang mengumpul mata mencukupi untuk dinobatkan juara musim 2025.

Top 3 Terpantas – Wira KBS
1. Raiyan Khardanee Md Sanusi – Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing (6’14.708s)
2. Farres Putra Md Fadhill – Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing (6’17.719s)
3. Md Al-Syafiq M Al-Amirul Zaki – Yamaha Estremo 27 Racing (6’18.335s)

Top 3 – Kedudukan Keseluruhan
1. Md Akif Abdullah – Zynergys Honda KC Racing Team (193 poin)
2. Farres Putra Md Fadhill – Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing (176 poin)
3. Raiyan Khardanee M Sanusi – Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing (122 poin)

Secara keseluruhannya, Pusingan 10 Cub Prix 2025 memberikan penutup yang dramatik dan penuh emosi bagi semua kategori. Dari kebangkitan pemenang perlumbaan hingga pengesahan gelaran juara keseluruhan, musim ini sekali lagi membuktikan kehebatan bakat tempatan serta daya saing yang semakin meningkat dalam arena perlumbaan dua roda Malaysia.

Previous Post

4 Model Diperkenalkan di Hadapan Rakan Media Yang Diterbangkan Ke China

Next Post

Langkah-langkah Yang Perlu Dibuat Sebelum, Semasa & Selepas Terkena Banjir!

Next Post

Langkah-langkah Yang Perlu Dibuat Sebelum, Semasa & Selepas Terkena Banjir!

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved