Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

4 Model Diperkenalkan di Hadapan Rakan Media Yang Diterbangkan Ke China

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-11-19
in BULETIN, UTAMA
0

Mungkin ramai yang belum mengenali dengan jenama Morbidelli terutamanya dalam kalangan pengguna motosikal tempatan khususnya. Diasaskan oleh bekas pelumba dan juara dunia bagi kategori 125cc dan 250cc, Giancarlo Morbidelli merupakan pengasas kepada jenama ini.

Morbidelli yang lahir di Pesaro, Itali, merupakan juara dunia sebanyak 3 kali kategori 125cc dan juara dunia kategori 250 pada tahun 1977. Melalui kejayaan itu, jenama Morbidelli mencetuskan inspirasi dengan pengeluaran atas namanya sendiri.

Untuk rekod, jenama ini mula ditubuhkan lewat 50an dan pernah dihentikan operasi sebelum diambil alih oleh KEEWAY Qianjiang oleh Group sekitar 2024. Bertempat di Taizhou, China rakan media Malaysia yang dibawa khas oleh MForce ke negara Tembok Besar ini dipertontonkan 4 model motosikal dari segmen sport dan touring ‘adventure’.

Berikut ringkasan mengenai keempat-empat model ini.

Morbidelli T250X
Jentera ini dikategori sebagai motosikal pengembaraan paling kecil namun berkuasa, lasak dan bersedia untuk menakluki mana-mana rupa bumi. Morbidelli T250X dibekalkan dengan enjin 250cc penyejuk udaranya yang menghasilkan 22.4 hp dan tork 22.3 Nm. Tindak balasnya yang progresif memberi keyakinan pada jalan tarmac, tanah dan pendakian bukit.

Tiga warna menjadi pilihan untuk model standard dan Special Edition (SE) iaitu Sandy Yellow, Grey dan Black. Membezakan dua pilihan model terbabit adalah pemberian kotak simpanan bagi mereka yang memilih model SE.

* Harga: RM9,888 (Standard), RM11,288 (SE)
* Enjin: Silinder Tunggal, 249cc, SOHC
* Kuasa: 24.4hp, 22.3Nm
* Tangki 11.7L
* Ciri Lain: ABS dwi-saluran, TC
* Saiz Rim
– 19” depan,
– 17” belakang

Morbidelli T252X
Model ini boleh diklasifikasikan sebagai jentera permulaan ke aktiviti pengembaraan anda lebih jauh. Ia agak ringan dan dibina untuk mereka yang sukakan aktiviti penjelajahan. Dipadankan dengan enjin silinder berkembar, jentera ini dengan enjin 249.5 cc menghamburkan kuasa 31.96 hp dan tork 21 Nm, menawarkan prestasi lancar dan responsif.

Berat hanya 195 kg, T252X menampilkan suspensi jarak jauh (depan 160 mm / belakang 140 mm), ABS Bosch dengan penyahaktifan belakang, roda jejari dengan tayar tanpa tiub Pirelli, dan papan pemuka TFT menegak. Tiga mod tunggangan boleh dipilih (Urban, Touring, Off-Road) menyesuaikan pengalaman ke setiap rupa bumi.

* HargaRM16,888.
* Enjin: Parallel-twin, 249.5cc, DOHC
* Kuasa: 31.5hp, 21Nm
* Tangki Minyak: 18L
* Meter: TFT
* Mod: 3 mod pilihan

Morbidelli F252
Jentera ini tergolong dalam segmen naked dan menyasarkan pembeli muda atau pertengahan yang mahukan motosikal agresif atau mereka yang cintakan aura kelajuan. Ramai netizen ingin mengetahui perihal angka 252 yang tertera pada pengenalan jentera ini. Angka 25 bermaksud enjin berkapasiti 250cc sementara angka 2 merumus kepada 2 silinder yang digunakan oleh jentera ini.

Menarik mengenai jentera ini, ia dibekalkan dengan enjin berkapasiti 249.5cc Parallel-Twin, DOHC dan 8 injap dengan dua pilihan warna ditawarkan iaitu Hitam dan Putih-Biru.

Jentera ini menawarkan 3 mod tunggang dengan panel meter yang diberikan adalah dari jenis TFT. Sesuai dengan aura dari penunggang muda, Morbidelli F252 bakal mengugat pesaing dari jenama sediada sekali gus merancakkan pasaran motosikal tempatan.

* Harga: RM14,888
* Enjin: Parallel-twin 249.5cc
* Kuasa: 31.5hp, 21Nm
* Bosch ABS (Depan, Belakang),
* Tangki: 15L
* Pilihan Tunggangan : 3 mod
* Panel meter: TFT

Morbidelli T502X
Jentera ini diklasifikasi sebagai mesin pengembaraan (Adventure) peringkat pertengahan, Morbidelli T502X menjadi model yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang cintakan aktiviti jarak jauh.

Model segmen adventure ini menggabungkan reka bentuk Itali dalam bentuk pengembaraan sebenar. Ia dibekalkan dengan kuasa enjin 47 hp dan 45 Nm daripada enjin berkembar selari 494cc. Ciri-ciri lain ialah dipasangkan dengan kotak gear 6-kelajuan dan klac bantuan gelincir untuk penghantaran kuasa yang lancar.

Direka untuk mereka yang dahagakan aktiviti pengembaraan, Morbidelli T502X menampilkan paparan TFT menegak 7-inci dengan navigasi GPS (menerusi Morbidelli Connect) dan TPMS, serta sistem pencahayaan LED penuh dengan DRL, dwi projektor dan isyarat LED untuk keterlihatan maksimum.

Jentera ini juga didatangkan dengan brek cakera depan bersaiz 300mm berkembar, kaliper Juan, saiz rim bersaiz 19 inci (depan dan 17 inci (belakang), perlindungan tangan dan palang perlindung (crash bar).

Suspensi dengan keupayaan untuk perjalanan jarak jauh dan tayar Pirelli Tubeless (19”/17”) memastikan ia mencengkam permukaan jalanraya pelbagai.

Dari jalan-jalan bandar ke laluan mencabar, T502X yang dipadankan dengan tayar jenis Pirelli Scorpion Rally juga turut dibina untuk melangkaui kehidupan seharian.

* Harga: RM28,888
* Enjin Parallel-twin 486cc DOHC
* Kotak Gear: 6-kelajuan
* 47hp, 45Nm
* Skrin: TFT 7” dengan GPS
* Tangki 18L
* Mode: 2 mod tunggangan
* Berat: 210kg

Previous Post

Ditawarkan pada Tag Harga RM219,500, Hadir Dalam Satu Varian!

Next Post

Pusingan 10 Hadir Dengan Aksi Paling Mendebarkan Tahun Ini

Next Post

Pusingan 10 Hadir Dengan Aksi Paling Mendebarkan Tahun Ini

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved