Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Not For Sale!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tapi Kalau Nak Tengok, Silakan…

“Sudah ramai yang tanya, nak jual ke tak? Saya cuma geleng kepala je dan bagi alasan yang baik saja,” ujar Lee Hang Ching atau komuniti di kawasan Sungai Kob, Kulim lebih mengenali dengan panggilan Lee Panjang.

Pernah ditawarkan pada harga yang di luar jangkaan, Lee bagaimana pun menolak dengan hormat tawaran yang diberikan dan kekal untuk tidak menjualnya atas sentimen peribadi dan memoir yang pernah dikorbankan ke atas motosikal ini.

“Memang saya tak jual tapi kalau ada orang nak tengok atau nak ber‘selfie’, silakan. Cuma bila bab nak beli tu, saya bagi alasan yang baik pada mereka yang datang ke kedai saya,” ulas Lee Panjang yang menghiasi personaliti dan pemilik motosikal modifikasi RoadStar kali ini.

Menurut Lee, Kedai Motor 218 milik keluarganya yang terletak di Taman Mutiara, Sungai Kob, Kulim sering menjadi perhatian ramai pemilik motosikal yang bukan sahaja di kalangan warga setempat malah turut menarik minat pengunjung motosikal yang datang dari luar Kulim.

Sekali imbas, tiada bezanya kedai motor 218 berbanding kedai motor yang lain. Ibarat maskot, Yamaha LC X1R Movistar 46 menjadikan kedai motosikal itu sebagai tarikan sampingan pengunjung. Ramai kalangan pembeli atau pengunjung memuji dan tertarik dengan inspirasi yang ditonjolkan pada jentera milik Lee Panjang.

Menceritakan kembali penglibatannya dalam dunia modifikasi motosikal ini, Lee Panjang dengan kefasihan berbahasa Melayu loghat Utara menjelaskan bahawa segala-galanya bermula apabila beliau membeli LC 135 model edisi pertama sekitar tahun 2008.

“Saya tertarik pada motor ini sebab ia berada dalam keadaan standard (asal). Sebenarnya tak ramai pemilik motosikal hari ini mengekalkan ciri-ciri asli seperti mana mula-mula motosikal ini keluar dari kedai, tetapi motosikal ini agak lain sikit. Tiada cacat cela mungkin ia dijaga rapi oleh pemiliknya selain tiada perubahan yang dilakukan ke atas motosikal ini,” ujar mekanik berusia 32 tahun ketika mula mengimbas kembali pembelian motosikal terbabit.

Dibeli pada seorang kenalan berbangsa Melayu yang dikenali sebelum ini, selama hampir tiga tahun Lee sekadar meletakkan jentera itu sebagai barangan pameran di satu sudut di bahagian kedai tanpa sebarang solekan atau keinginan untuk diberi nafas baharu.

Hanya pada tahun 2011, Lee mula tertarik dengan modifikasi dan ton warna jentera yang telah digubah oleh pemilik masing-masing selepas mengikuti satu pertandingan autoshow membabitkan jentera-jentera modifikasi sekitar Pulau Pinang.

“Tengok motor orang lain nampak cantik, saya mula teringin nak buat macam tu. Segar dan menarik tambahan ada modifikasi yang saya tengok, ternyata kena dengan tema dan jiwa saya masa tu,” cerita Lee ketika mengimbas detik permulaannya berminat terhadap jentera dua roda ini.

“Masa tu ada seorang kawan baik (Muhammad Hasrul Naim) dari Kelab YKLCB yang selalu ‘racun’ saya. Kami dok panggil dia Naim je. Kerja dia masa tu ikut autoshow di merata-rata tempat. Kat situlah saya tahu dan mula mengikuti autoshow ni.

“Kerja kami masa tu, main motor dan ikut autoshow. Lepas SPM tambah kuat bermotor dan adakalanya kami race secara suka-suka. Macam bebudak sekarang, kalau sudah ada motor mesti nak race atau merempit sesama sendiri. Lepas terbabit kemalangan, saya terus ‘surrender’ nak berlumba hingga akhirnya saya ambil keputusan untuk jadi pomen sepenuh masa,” cerita Lee ketika membicarakan pembabitan awalnya dengan dunia motosikal.

Mujurlah minat terhadap motosikal tidak berhenti di situ saja. Selepas kerap kali mengunjungi beberapa autoshow dan pameran modifikasi, mula terbit dalam hatinya untuk beralih ke cabaran berbeza dalam motosikal.
“Pada peringkat awal, saya menggayakan motosikal saya dengan cover set X1R yang dari satu sudut persis serangga seperti belalang. Setahun selepas itu, saya mula menyimpan modal lain dengan mengenakan coverset X1R inspirasi dari torna warna hitam pula.

“Dua tahun juga saya mengenakan set X1R tetapi lepas tahun 2014, saya mula berkenalan dengan beberapa pencinta modifikasi lain yang kerap mendambakan ilham mereka ke atas motosikal masing-masing,” jelas Lee ketika membicarakan saat bermulanya modifikasi motosikalnya.

Bermula dari tahun itu, Lee tekad mahukan kelainan pada motosikalnya dan memilih grafik Rossi 46 Movistar sekali gus membawa motosikal miliknya berkelana ke beberapa tempat antaranya P.CLM Chuin Li Motor, Customwork Facebook Ah Ho Motor dan Airbrush yang ditalakan oleh Ali paintwork yang berpangkalan di Sungai Petani.

“Nak dijadikan cerita ketika saya ride dengan geng kelab ke Cameron Highlands, barulah saya tahu modifikasi bukan sahaja terletak pada luaran sahaja tetapi perlukan perubahan di sektor dalaman.

“Kalau tengok luaran, motosikal saya memang cun giler. Tetapi apa yang awak rasa terjadi di sana? Naik Cameron pun macam kura-kura. Lembab dan slow la. Kaw-kaw saya kena tibai dengan geng moto lain masa tu. Punya la mereka kutuk saya sampaikan nak tidur malam pun jadi tak lena. Maklum la, masa tu muda lagi, hati memang mudah terjentik dan emosional sikit, bila kena bahan,” tambah Lee lagi.

Selepas kejadian itu, Lee mula memikirkan bagaimana nak ‘upgrade’ motosikal ini. Berdasarkan pengalaman sebagai mekanik dan pendapat geng motor lain selepas ‘insiden’ di Cameron, jenteranya mula mendapat talaan dari jenama Uma Racing seperti block Uma Racing, Cam Uma, Karburetor Uma, Hyperclutch Uma dan sebagainya

Cakap-cakap kekawan mengenai nisbah brek dan kuasa enjin perlu seimbang, membuatkan Lee memikirkan jenis pemberhentian yang sesuai dengan kuasa yang telah dinaik taraf selepas itu. Rim sukan jenis STD turut menjadi pertikaian dan perbalahan geng motor lain. Menurut mereka, ‘keperibadian’ yang ditonjolkan rim sukan itu amat jelek jika mahu dipadankan jentera bertaraf modifikasi atau motosikal untuk tatapan umum di autoshow.

“Sampai terbawa ke tidur pun saya memikirkan perkara ini. Malah, ada kalanya bermimpi-mimpi dan mengigau fikir pasal benda-benda ini. Belum lagi kena ‘racun’ dengan kekawan lain. Dan akhirnya, selepas melihat hasil yang dilakukan motosikal kawan, saya memilih untuk menggunakan KYB single arm (model Honda 150 NSR SP), kaliper model Racing Boy dan beberapa barangan keperluan lain,” ujar Lee lagi.

Kini, jentera Yamaha LC 135 milik Lee Panjang telah berubah wajah menjadi X1R Fullset yang ditalakan pada kustom sebelum ini (X1R) termasuk beberapa barangan lain antaranya Footrest RacingBoy, Ekzos Custom, Oil Coolant Tank, Battery Koyoko Orange, Seat Design ilham dari Marco Foo dan pertambahan barangan lain.

Dikenali dengan jolokan X1R Movistar 46, Lee sudah mempamerkan dan menjadi bahan tontonan awam bermula sejak tahun 2014 sehingga hari ini. X1R Movistar 46 bukan sahaja terkenal dikalangan komuniti di Kulim malah menjadi halaman maya dalam dunia permotoran tempatan. Menyimpulkan bahawa hobi bergiat aktif dalam motosikal ini membolehkan kita berkawan dan berkenalan dengan pelbagai bangsa, Lee yang telah menghabiskan ribuan ringgit terhadap jentera ini menyifatkan ianya sesuatu yang bertuah menjadikan ia satu hobi di kala kelapangan.

“Paling penting, kita beroleh kawan dalam geng bermotosikal ini. Masuk autoshow bukan semata-mata untuk menang tetapi dalam masa yang sama menjadikan jentera dua roda ini sebagai perantaraan untuk berkongsi minat, idea dan geng baharu dalam dunia motosikal hari ini,” tutur Lee Panjang mengenai pandangannya.

SEKILAS FAKTA
Nama: Lee Hang Ching @ Lee Panjang
Jentera: Yamaha LC135
Nickname: X1R Movistar 46
Asal: Taman Mutiara Sungai Kob Karangan Kedah
Karier: Mekanik di Kedai Motor Mutiara 218

SPESIFIKASI X1R MOVISTAR 46
Spesifikasi Jentera: Kuasa 135cc jadi 150cc
Jenis Motosikal: Yamaha LC135 (Edisi Pertama)
Tahun Dikeluarkan: 2005
Enjin Asal: Yamaha LC135cc

Previous Post

Project One, Motosikal Elektrik Yang Praktikal Dan Bergaya

Next Post

Imbas Kod QR Dan Menang Helmet LS2

Next Post

Imbas Kod QR Dan Menang Helmet LS2

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved