Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Program Restorasi Khas Honda RC30 Dilancarkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-09
in BULETIN, UTAMA
0

Honda baharu sahaja mengumumkan “Refresh Plan” ataupun program restorasi khusus untuk motosikal Honda VFR750R mereka yang dikeluarkan dari tahun 1987 hingga 1990. Jentera unggul ini lebih dikenali dengan kod model: RC30. Model ini memang sangat istimewa dalam sejarah sukan motor Honda kerana ia merupakan model homologasi yang dibina khusus untuk memenangi kejuaraan Superbike dunia pada tahun 1988. Ia bukan hanya berjaya merangkul kejuaraan pada tahun tersebut malah mengulang sekali lagi kejayaan pada tahun berikutnya selain beberapa perlumbaan lain di seluruh dunia.

Dilengkapi dengan segala jenis teknologi perlumbaan termaju pada ketika itu, versi jalanan dipasarkan dengan harga lebih kurang USD15,000 yang bersamaan dengan RM64,000 (mahal tu sekitar penghujung tahun 80-an).

Walaupun dengan harga gadai buah pinggang macam tu, Honda masih menerima sekitar 3,000 tempahan. Produksi bagaimanpun dihadkan kepada 4,782 di seluruh dunia dengan 1,074 unit untuk pasaran Jepun sahaja. Selebihnya barulah dijual untuk pasaran luar. Dengan permintaan yang sebegitu tinggi, bakal pembeli dipilih bagaikan memilih pemenang loteri. Semua peminat motosikal inginkannya, malah ketua jurutera RC30 turut mencuba nasib untuk memilikinya dengan menyertai ‘cabutan bertuah’. Malangnya beliau sendiri pun kalah. Fuh, orang dalam sendiri pun gagal.

Sama seperti sebuah model homologasi, ia menggunakan teknologi perlumbaan yang jarang dapat disaksikan pada sebuah model jalanan pada era tersebut. Setiap unit dibina dengan tangan di kilang Honda di Hamamatsu bersama dengan model perlumbaan lain pada jumlah 60 unit seminggu. Enjin V4 motosikal ini dihadkan kuasanya pada 76 hp pada 9,500 rpm untuk versi JDM tapi terdapat juga versi eksport yang mempunyai kuasa sehingga 133 hp kuasa pada 12,500 rpm.

Enjin RC30 memang sarat dengan teknologi termaju Honda pada ketika itu. Ia merupakan motosikal produksi pertama di dunia yang menggunakan con rod titanium hanya untuk menaikkan lagi 2 hp kuasa. Blok dan kepala selindernya pula dihasilkan daripada aloi aluminium-magnesium untuk mengurangkan berat. Pengurangan berat memang merupakan agenda utama motosikal ini jadi tidak hairanlah ia menggunakan kerangka aluminium tiub berkembar selain lengan ayun tunggal untuk kemudahan menukar tayar belakang sewaktu perlumbaan. Malah tangki minyaknya juga diperbuat daripada aluminium untuk mengurangkan berat keseluruhan motosikal.

Jadi disebabkan kepentingannya kepada sejarah Honda, mereka merasakan RC30 ini layak menerima program restorasi rasmi dari kilang. Mereka akan membuka sebuah Motorcycle Refresh Center di kilang Honda di Kumamoto untuk memudahkan pemilik menghantar motosikal mereka untuk direstorasi oleh pakar. Kalau nak buat restorasi sendiri pun tiada masalah kerana Honda sedia membekalkan alat ganti yang diperlukan untuk pemilik di luar sana.

Sebenarnya nak buat program restorasi ni bukan senang ye abang-abang. Maklumlah dulu para jurutera RC30 ni buat rekaan dan draf dengan tangan tahu sebelum dihantar ke bahagian pembuatan dalam bentuk cetak biru. Model contoh pun dibuat dengan kayu. Jadi, bayangkan nak jelmakan semua tu kembali dalam bentuk digital? Mujur segala draf dan cetakan disimpan baik-baik.

Selain itu, mereka juga terpaksa meminjam sebuah motor milik pekerja Honda sendiri dan mengkaji satu persatu bahagian komponen sebelum merekodkannya dan memastikan ianya sudah cukup bersedia untuk diproduksikan. Pun begitu ia masih agak mustahil untuk direalisasikan sehingga Honda terpaksa bekerjasama kembali dengan jurutera veteran, pereka dan rakan-rakan niaga lama mereka yang mempunyai pengalaman luas dengan RC30 untuk melengkapkan bahagian-bahagian yang hilang.

Honda berharap dengan pelancaran program ini lebih banyak Honda RC30 di luar sana boleh diselamatkan dan mampu bergerak untuk jangka masa yang lebih lama. Malah menurut mereka lagi, 70 peratus daripada Honda RC30 yang dipasarkan di Jepun masih lagi dalam keadaan baik dan mempunyai pendaftaran yang sah.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

Hukuman Khidmat Masyarakat 120 Jam Untuk Dua Remaja 'Superman'

Next Post

Kawasaki Z 250SL, Supernaked Yang Agresif

Next Post

Kawasaki Z 250SL, Supernaked Yang Agresif

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved