Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Hukuman Khidmat Masyarakat 120 Jam Untuk Dua Remaja ‘Superman’

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-08
in BULETIN, UTAMA
0

Dua remaja lelaki masing-masing diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya dengan melakukan aksi ala ‘Superman’, Mei lepas. Majistret Puteri Nursheila Rahimi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Amirul Ikmal Abdul Sham, 20, dan Muhammad Zahiruddin Anuar, 19, selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), di sini antara 12.20 pagi dan 2.23 pagi, 20 Mei lepas.

Kedua-dua tertuduh itu yang merupakan pekerja restoran makanan segera, juga diperintah membayar cagaran RM2,000 dengan seorang penjamin, selain hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu selama dua tahun. Bagi Muhammad Zahiruddin, lesen percubaannya turut dibatalkan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000, serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu, selama dua tahun.

Terdahulu, mereka yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum, manakala Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada mereka.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua remaja itu ditahan selepas pihak polis yang melakukan ‘Op Samseng Jalanan’ di Lebuhraya DUKE, telah membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit telah ternampak sekumpulan penunggang motosikal membuat aksi superman, dengan merapatkan dada di tempat duduk motosikal sambil meluruskan kaki ke belakang. – BERNAMA

Previous Post

Kawasaki Z 1000 2014 Menepati Citarasa Peminat Naked Malaysia

Next Post

Program Restorasi Khas Honda RC30 Dilancarkan

Next Post

Program Restorasi Khas Honda RC30 Dilancarkan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved