Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan perkembangan pesat motosikal elektrik seperti Harley Davidson Livewire dan Zero SR/S yang memenuhi pasaran. Tidak dinafikan, motor begini sesuai untuk kegunaan di bandar namun terhad di jalan yang lebih terbuka. Motosikal hybrid seharusnya menawarkan hanya yang terbaik – pelepasan sifar untuk perjalanan pendek di bandar pada hari-hari biasa dan untuk penunggangan jauh ketika menunggang di hujung minggu.
Namun begitu, ia masih belum menjadi ikutan dan pastinya mengambil lebih banyak masa. Teknologi ini pula sangat mahal khususnya untuk kereta tetapi tidak untuk motosikal kerana ia jauh lebih murah dan ringan. Keadaan ini akan berubah kerana menurut Kawasaki, mereka sedang berusaha untuk membangunkan motosikal hybrid.
Baru-baru ini, Kawasaki telah mengumumkan berkenaan hal tersebut tetapi tidak mendedahkan banyak kecuali memperkenalkan slogan Rideology meets Hybrid Power. Menurut Visor Down, Kawasaki telah memohon paten untuk sistem pemanduan 4-way boleh ubah yang menawarkan gas-asli, elektrik-asli, hybrid dan juga mode bateri penjanaan semula. Selain itu, tiada apa yang didedahkan Kawasaki dan ia sudah mampu membuat ramai pihak tertanya-tanya.
Sumber : GearPetrol.com