Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-09-12
in BULETIN, UTAMA
0

Agak lama Club Antique Motor Kulim tidak melakukan aktiviti berkonvoi dan salah satu sebabnya, PKP yang berpanjangan. Namun, kelab yang dianggotai kebanyakannya dari pemilik-pemilik Honda CT berlampu bulat ini telah kembali aktif. Terbaharu, kelab ini telah menganjurkan dua program iaitu Konvoi Kunjung Hormat serta program bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim sempena Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kulim 2022.

Para peserta bersyukur untuk program yang dianjurkan kerana memberi peluang kepada ahli-ahli baru dan lama keluar serta ride bersama-sama di kawasan Kulim di negeri Kedah. Malah, mereka berharap program seperti ini terus diadakan untuk semua ahli Clube Antique Motor Kulim selalu beraksi. Jentera-jentera yang turut hadir pada program kali ini adalah seperti Honda C70 lampu bulat dan lampu petak yang melibatkan jentera berusia sekitar 70-an dan 80-an.

Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, program pertama Konvoi Kunjung Hormat telah diadakan di luar hadapan Ibu Pejabat Daerah Kulim pada 7 Ogos lalu. Program ini menerima sambutan baik dan dihadiri seramai 25 orang ahli Club Antique Motor Kulim. Para peserta menerima layanan cukup baik dari awal sehingga program berakhir. Malah, para peserta dijamukan dengan jamuan minum petang yang turut menyajikan kuih-muih.

Manakala program kedua pula diadakan bersama dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim yang berlangsung di perkarangan Sukan Hitech Kulim Kedah pada 27 Ogos lalu. Program yang dianjurkan sempena Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kulim 2022 turut dihadiri Puan Nur Anis Binti Jaafar, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim serta seluruh kakitangan KBS Kulim. Program ini telah disertai seramai 40 orang ahli Club Antique Motor Kulim dan Club GBO Baling.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada jiran Club Antique Motor Kulim iaitu Club GBO Baling kerana kesudian mereka hadir dan memberi sokongan. Semua ahli yang hadir pada program tersebut telah diberikan sijil penyertaan, pelekat motor serta bersarapan pagi. Selain itu, jutaan terima kasih turut diucapkan kepada YBhg. Dato Haji Abdul Bari Bin Abdullah, Pegawai Daerah Kulim yang sudi hadir memeriahkan lagi program yang diadakan.

Pihak admin Club Antique Motor Kulim ingin mengucapkan ribuan terima kasih banyak buat Presidenn CAMK iaitu Encik Abdul Razak Bin Buhari serta seluruh AJK dan ahli-ahli CAMK yang sentiasa memberikan sokongan di setiap program yang dianjurkan. Tidak lupa juga kepada jurugambar CAMK, Encik Ahmad Salihin Bin Baseri yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik.

Semoga berjumpa lagi di lain hari serta di lain cerita. Doakan semoga Club Antique Motor Kulim sentiasa dipermudahkan segala urusan dan sentiasa sukses selalu di masa akan datang. Terima kasih buat semua peminat-peminat Club Antique Motor Kulim, anda semua adalah yang terbaik dari yang terbaik.

Perkongsian :
Razak

Previous Post

Sambutan Ulang Tahun Santai Anak Utara Gegarkan MAEPS

Next Post

Bird Of Play, Motor NT650 Hawk GT 1988 Yang Telah Dimodifikasi!

Next Post

Bird Of Play, Motor NT650 Hawk GT 1988 Yang Telah Dimodifikasi!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved