Bersandarkan motor asalnya, Bird Of Play iaitu nama baru yang diberikan kepada sebuah motor Honda NT650 Hawk GT yang telah dikemaskini. Projek yang dilaksanakan oleh Analog Motorcycles ini tampil lebih premium. Sekurang-kurangnya, itu yang dikatakan oleh RideApart.
Sebaik sahaja motor ini selesai dibongkar, enjinnya telah dikeluarkan untuk dibina semula. Kemudiannya, dipasangkan dengan kit jet Stage 2 dan ekzos two-into-one yang disudahkan oleh penyenyap (silencer) Cone Engineering. Mekanisme klac OEM telah digantikan dengan alternatif moden dari Magura dan tiba masa untuk memberikan perhatian sepenuhnya terhadap bahagian casis.
Perkara pertama, sub-kerangka telah diperbaiki untuk mengetatkan bahagian belakang. Manakala roda stok telah dihantikan dengan unit 6-jejari yang diperbuat dari magnesium. Bagi memastikan cengkaman cukup kuat atas asfalt dan tayar Metzeler premium Racetec RR telah dipasangkan pada motor ini.
Bergerak ke bahagian badannya pula, Analog memutuskan untuk mengekalkan tangki bahan api dari kilang dan fender depan perlu dikekalkan di tempatnya tetapi ditambah baik dengan bahagian ekor aluminium serta nose fairing lengkap dengan headlamp Denali. Di bahagian belakang, dihiasi dengan tail light LED bulat juga dari inventori Analog. Tempat duduknya disalut oleh pakar kulit, Dane Utech.
Meninjau bahagian kokpit, anda boleh melihat speedometer Koso dan clip on Messner Moto, yang menampilkan beberapa suis baharu, master silinder Magura HC1 dan cermin bar-end CRG. Kesemua kelengkapan elektrik disambungkan kepada module kawalan m-Unit Motogadget. Akhir sekali, Bird of Play ini dilayangkan dengan dua warna campuran hitam dan emas, tampil lebih eksklusif dan tampak premium.
Sumber : Autoevolution