Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Petronas Yamaha Racing Team Semakin Bersemangat!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-27
in BULETIN, UTAMA
0

Petronas Yamaha Racing Team Semakin Bersemangat!

Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali adalah individu paling gembira apabila pelumba pasukannya Fabio Quartararo meraih kemenangan berganda di Litar Jerez, Sepanyol pada Ahad. Kejayaan dilakar pada Grand Prix (GP) Andalusia di litar yang sama berlangsungnya GP Sepanyol minggu lepas, pastinya menjadi pembakar semangat untuk perlumbaan seterusnya di GP Republik Czech yang berlangsung di Litar Brno, minggu depan.

“Ia satu kemenangan yang hebat buat Fabio di MotoGP! Kemenangan berturut-turut ini menjadikannya berada di tangga teratas kejuaraan. Namun, nasib tidak baik buat Franky (Franco Morbidelli) kerana saya menjangkakan boleh meraih kemenangan satu-dua buat pasukan kami.

“Kami bersimpati (dengan Morbidelli) kerana beliau berada dalam keadaan baik sepanjang minggu ini dan berhak mendapat keputusan yang baik. Bagaimanapun, ia tetap hujung minggu yang menakjubkan dengan kemenangan berturut-turut dan mengungguli kejuaraan. Kita perlu lakukannya lagi di Brno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Quartararo atau diberi gelaran ‘El Diablo’ meraih kejuaraan keduanya musim ini selepas GP Sepanyol minggu lepas, dengan mencatat 41 minit 22.666 saat, diikuti dua pelumba pasukan Monster Energy Yamaha Maverick Vinales dari Sepanyol di tempat kedua dan pelumba sensasi Valentino Rossi di tempat ketiga dalam perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan panas terik dengan suhu 38 darjah Celcius.

Morbidelli yang bermula dari petak kesembilan bagaimanapun, gagal menamatkan perlumbaan ketika berbaki sembilan pusingan berikutan masalah jentera yang dialaminya.

Kejayaan di GP Andalusia ini menyaksikan Quartararo mengungguli kejuaraan MotoGP dengan mengumpul 50 mata, diikuti Vinales (40 mata) manakala pelumba Itali Andrea Dovizioso mewakili Ducati Team di kedudukan ketiga dengan 26 mata, selepas dua perlumbaan. Morbidelli pula di kedudukan ke-10 dengan 11 mata. — BERNAMA

Previous Post

Kawasaki Z 650 ABS; Kualiti, Laju dan Selesa

Next Post

CFMoto 250SR Jentera Sportsbike Pada Tag Harga RM15,800

Next Post

CFMoto 250SR Jentera Sportsbike Pada Tag Harga RM15,800

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved