Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

CFMoto 250SR Jentera Sportsbike Pada Tag Harga RM15,800

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-27
in BULETIN, UTAMA
0

CFMoto 250SR Jentera Sportsbike Pada Tag Harga RM15,800

Jenama motosikal CFMoto mewarnai pasaran jentera dua roda dengan pelancaran motosikal CFMoto 250SR – jentera segmen sportsbike berkuasa 250cc yang berlangsung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Terdahulu, pasaran motosikal dalam segmen pertengahan ini, telah menambat minat kalangan pengguna di tanahair seperti model Yamaha YZF-R25, Honda CBF-250, Kawasaki Ninja 250, Modenas Pulsar RS200 dan tidak ketinggalan Benelli TNT25.

CFMoto 250SR menawarkan enjin silinder tunggal dengan sesaran 249.2cc DOHC. Kuasa enjin CFMoto 250SR disalurkan kepada roda belakang menerusi trasmisi manual enam kelajuan dengan sistem klac jenis slipper.

Jentera dari China ini dipadankan dengan rim jenis aloi aluminium dengan saiz 17 inci berbekalkan tayar bersaiz 110/70 dibahagian depan sementara 140/60 untuk tayar dibahagian belakang.

Menampakkan lagi ‘kegarangan’ jentera ini adalah bahagian hadapan. CFMoto 250SR dibekalkan ciri lampu standard LED depan dan belakang, manakala skrin paparan TFT berwarna penuh menyegarkan pandangan si penunggang.

Untuk pengisian bahanapi, CFMoto 250SR dibekalkan tangki dengan berkapasiti 12 liter manakala dibahagian tempat duduk, pelana jentera ini hanya setinggi 780mm.

CFMoto 250SR hadir dengan dua warna (hitam dan biru) sahaja, dan harga yang ditawarkan bermula dari RM15,800 untuk warna hitam (edisi standard) manakala warna biru (edisi terhad) pada tag harga berbeza iaitu RM17,800.

KTNS Holdings Sdn Bhd yang membawa masuk CFMoto 250SR sebagai jentera CKD (pemasangan tempatan) turut memberi jaminan terhadap dua model jentera ini selama dua tahun tanpa had pembantuan.

Untuk rekod, CFMoto yang dimiliki oleh Zhejiang CFMoto Power Co.Ltd. (CFMoto) telah ditubuhkan pada tahun 1989.

Di Malaysia, KTNS Holdings Sdn Bhd mementerai perjanjian bersama CFMoto selaku pengedar tunggal jenama motosikal CFMoto bagi pasaran tempatan.

Terdahulu, KTNS Holdings Sdn Bhd telah membawa masuk jentera pertama CFMoto 650MT (2018) diikuti model kedua pada tahun 2019 (CFMoto 250NK).

Selain CFMoto 250SR, KTNS Holdings Sdn Bhd akan turut memperkenalkan dua model lagi iaitu CFMoto 650GT dan 400NK sepanjang tahun ini.

Previous Post

Petronas Yamaha Racing Team Semakin Bersemangat!

Next Post

Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Atau Dadah, Penjara 15 Tahun Dan Denda Sehingga RM100,000.00

Next Post

Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Atau Dadah, Penjara 15 Tahun Dan Denda Sehingga RM100,000.00

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved