Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki Z 650 ABS; Kualiti, Laju dan Selesa

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-27
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kawasaki Z 650 ABS; Kualiti, Laju dan Selesa

Ada desas-desus yang mengatakan model ini merupakan ciplak kepada model terdahulu ER6. Namun begitu, Kawasaki membuktikan desas-desus tersebut kekal sebagai khabar angin yang tidak berasas kerana Z 650 ABS merupakan sebuah jentera yang dibangunkan serba baru. Reka bentuk motosikal ini memenuhi konsep model motosikal besar yang terdapat dalam produk Kawasaki, sedikit sebanyak menyerupai model Z1000 dan Z900. Kenapa? Menerusi pemerhatian secara menyeluruh sebelum Z650 ABS ini ditunggang uji, lampu LED di belakang dengan penghasilan cahaya yang berbentuk Z adalah sama. Identiti varian Z masih jelas dikekalkan oleh Kawasaki.

Sebagaimana rutin yang sering kali dilakukan sebelum sesi tunggang uji, pelbagai soalan diajukan kepada pihak pengeluar motosikal. Ini disebabkan kerana setiap motor mempunyai karektor yang berbeza, fungsi eletronik dan paling mustahak pengendaliannya. Setiap faktor asas yang ada pada motosikal harus sentiasa berada dalam minda demi melicinkan perjalanan semasa ujian dilakukan. Pelbagai instrumen baharu dipasangkan pada Z650 ABS ini antaranya termasuk meter bersaiz agak kecil yang menyediakan segala informasi seperti penunjuk analog untuk tahap rpm. Paparan secara digital juga terdapat pada panel meter. Model yang menjadi pengganti kepada ER6 ini nampak lebih kecil dengan ukuran panjang 2,115mm.

Kerap kita lihat dan dengar begitu ramai wanita memiliki dan menunggang motosikal berkuasa tinggi, malah ada yang turut mengasah kemahiran masing-masing dengan menunggang di litar antarabangsa Sepang. Penunggang wanita merupakan antara golongan sasaran bakal pemilik Z650 ABS. Ini berdasarkan faktor ketinggian tempat duduk pada 790mm, lebih ringan dengan hanya 187kg serta mudah dikendalikan penunggang. Secara ringkasnya, itu adalah hasil pemerhatian awal sebelum motor ini ditunggang uji. Saya bercadang melakukan ujian pada Z650 ABS dalam dua tahap agresif dan santai untuk menguji potensi enjin dua silinder selari dengan sistem DOHC dan penyejuk cecair 649cc bertindak.

Deruman ekzos Z650 ABS menghasilkan bunyi yang sama seperti model ER6. Jadi, tidak hairanlah ada desas-desus yang berpendapat motosikal Z650 ABS ini adalah ciplak ER6. Bunyi sama tidak bermakna ia ciplak. Ujian secara santai dilakukan seperti biasa dengan meredah jalan sesak pada waktu kemuncak. Seperti saya katakan, faktor ringan merupakan tips pengendalian lebih mudah sehingga dirasakan seperti menunggang motosikal 250cc pula. Bagi mereka yang berniat menggunakan motosikal ini untuk berulang alik ke tempat kerja khususnya dalam kawasan bandar, tidak perlu risau dengan Z650 ABS ini. Handle bar yang lebih selesa, membuatkan Z650 ABS mudah dikawal untuk meredah kesesakan. Saya tidak menghadapi sebarang masalah berdepan situasi kesesakan lalu lintas.

Lebuh raya NKVE (North Klang Valley) menjadi pilihan untuk ujian agresif dan lewat malam adalah waktu sesuai untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Ujian pecutan dan kestabilan motosikal sewaktu pecutan sesuai dilakukan pada waktu lewat malam. Jarak yang diambil pula lebih kurang 31km iaitu selepas tol Setia Alam sehingga tol Sg Buloh. Berbekalkan bahan api 15 liter penuh, saya memulakan ujian terhadap penukaran gear disamping merujuk pada rpm yang menggabungkan enam transmisi kelajuan. Penukaran dari gear rendah ke gear tinggi tidak terlalu lembut tetapi keselesaannya masih dapat dirasakan. Dengan adanya penunjuk gear (Gear Indicator) memberikan info yang berguna kepada penunggang.

Kejutan terserlah pada panel digital meter Z650 ABS. Pertama kali saya melihat apabila pecutan mencecah 8,000rpm, penunjuk digital pada rpm akan mengerlip. Ini merupakan amaran atau peringatan kepada penunggang, penukaran ke gear lebih tinggi harus dilakukan segera. Nampaknya jurutera pereka Z650 ABS melakukan penyelidikan menyeluruh demi keselesaan dan mengelakkkan kelekaan penunggang sewaktu pecutan. Menarik dan satu pembaharuan teknologi tork (pikap), prestasi yang dipamerkan motosikal Z650 ini tidak dapat saya percaya ada agak mengejutkan. Saya seakan sedang menunggang motosikal 750cc atau 800cc. Torknya tinggi dan cukup menghiburkan, boleh dikatakan setiap kali penukaran dari gear rendah ke gear tinggi, torknya seiringan dengan gear. Sangat rugi sekiranya sesi ujian ini tanpa melakukan pecutan.

Bagaimana pula dengan kestabilannya?

Pecutan santai adalah antara 110km – 130km dan pada tahap kelajuan ini, motosikal Z650 ABS masih mampu membuktikan keunggulannya. Pecutan maksima dilakukan ketika sesi ujian ini adalah sehingga 200km/j dan saya tidak menjangka dalam keadaan standard pun, Z650 ABS mampu mencapai kelajuan maksima dalam masa yang cepat. Dengan pegangan yang kuat, kestabilan Z650 ABS memang boleh dipuji dan disebabkan ketiadaan windshield, angin terasa menyinggah di dada. Ditambah pula dengan berat badan saya yang hampir 75kg yang menjadi salah satu halangan untuk pecutan. Bagi pendapat saya, penambahan windshield bakal menyelesaikan masalah angin.

Sekarang, tiba pula soalan seterusnya. Bagaimana pula dengan penggunaan bahan api? Acap kali kita dengar, pecutan akan mengakibatkan penggunaan bahan api yang banyak dan sukatan minyak pun akan menurun. Mungkin ia benar untuk motosikal yang lain tetapi lain ceritanya dengan motosikal Z650 ABS ini. Sebaik tiba di garisan penamat ujian, saya melihat pada panel meter dan penunjuk minyak langsung tidak bergerak. Walhal ujian tork (pikap), pecutan telah dilakukan secara agresif. Ya, agak menghairankan tetapi itulah Z650 ABS. Sekiranya pembaca tidak percaya, apa kata cuba tunggang uji motosikal ini jika berpeluang.

Beralih pula ke bahagian ujian keselamatan dengan menguji brek ABS, rentapan enjin (Engine Breaking) ketika penukaran dari gear tinggi ke gear rendah dalam masa yang cepat. Manakala ujian kecerahan serta sebaran lampu hadapan, saya lakukan pada malam yang berikutnya. Bagi ujian ini, saya memilih lebuh raya LATAR. Lokasi ini dipilih bersesuaian dengan keadaan jalan yang agak gelap, permukaan jalan tidak rata serta selekoh yang luas di mana diakhiri dengan selekoh tajam. Ujian sejauh 18km ini dilakukan dalam keadan cuaca yang baik walaupun niat sebenarnya adalah untuk melakukan ujian ini ketika hujan lebat. Biarpun begitu, saya cukup berpuashati dengan simbahan lampu rendah, sebaran pada bahagian kiri dan kanan yang cukup membantu. Sementara suluhan ke arah hadapan menepati tahap kecerahan yang diperlukan ketika menunggang di jalan yang gelap. Namun, penggunaan lampu tinggi (High Beam) sebaran simbahan pada kiri dan kanan agak 20 peratus saja, manakala tumpuan ke arah hadapan atau hala tuju cukup menakjubkan.

Sepanjang ujian kali ini pula, pecutan maksima adalah 160km/j. Seperti saya katakan tadi, pilihan jalan kali ini adalah tidak rata dan kelajuan tersebut sekadar menguji kestabilan motosikal di permukaan jalan sedemikian dengan kerangka baru seberat 15kg. Brek cakera berkembar hadapan 300mm dan 220mm di belakang selain dilengkapi ABS daripada Bosch menghasilkan kuasa membrek yang mencukupi. Akhir sekali, ujian rentapan enjin (Engine Breaking). Bagi saya, ujian ini mustahak dilakukan untuk menguji fungsi rentapan enjin(Engine Breaking) yang membantu memperlahankan kelajuan selain dari pengunaan sistem brek yang terdapat di roda depan dan belakang. Lazimnya, ujian sebegini dilakukan ketika memasuki selekoh di mana penggunaan brek hanyalah sekadar memperlahankan motosikal. Pujian harus diberikan kepada Kawasaki kerana rentapan enjin(Engine Breaking) Z650 ABS ini berfungsi cukup bagus.

Sasaran model Z650 ABS adalah untuk mereka yang baru berjinak dengan dunia dua roda berkuasa tinggi, khususnya wanita, pelajar mahupun warga pencen. Kepada penunggang yang berpengalaman, sudah tentu berpuashati setelah menunggang motor ini. Banyak faktor yang menjuruskan keseimbangan dan komponen motosikal dengan harga mampu milik. Harga RM35,609 (termasuk GST). Dua warna pilihan ditawarkan kepada peminat Z650 ABS sebagai pengganti ER6N, Lime Green dan Titanium. Secara keseluruhannya, saya berpuashati dan seronok melayan motosikal ini. Mungkin keluaran akan datang pihak jurutera Kawasaki menghidangkan varian Z 650 ABS dilengkapi Traction. Mungkin. Siapa tahu?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 45

Previous Post

Kemenangan Berturut-turut Fabio Quartararo

Next Post

Petronas Yamaha Racing Team Semakin Bersemangat!

Next Post

Petronas Yamaha Racing Team Semakin Bersemangat!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved