Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pesta Kustom Terbesar Negara

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-08-11
in BULETIN, UTAMA
0

Art of Speed Malaysia 2025 (AOS 2025) terus mengukuhkan kedudukan sebagai acara Kustom Kulture terbesar di Malaysia dengan penganjuran edisi ke-14 di MAEPS Serdang pada 26 dan 27 Julai lalu. Ribuan pengunjung membanjiri lokasi sepanjang dua hari penganjuran, menikmati pameran dan aktiviti yang mempamerkan seni kustom, automotif, muzik serta gaya hidup yang semakin berkembang dalam negara.

Kekal dengan identiti sebagai acara yang menggabungkan budaya automotif dan kreativiti, AOS 2025 menampilkan deretan kenderaan kustom dari pelbagai negara. Kehadiran tetamu antarabangsa termasuk pembina kustom tersohor, pereka Hot Wheels, komuniti antarabangsa serta personaliti dalam arena automotif menjadikan acara ini lebih meriah dan berprestij.

AOS tahun ini turut memperkenalkan wajah baharu dengan gerbang masuk ikonik yang dilengkapi paparan LED, mencerminkan semangat inovatif dan moden yang menjadi identiti acara. Lokasi ini menjadi antara spot tumpuan pengunjung untuk merakam gambar, sekali gus menambah keterujaan suasana festival.

Antara segmen yang mencuri perhatian termasuk “BEETLE BATTLE” yang menyaksikan kehadiran Volkswagen Beetle dari negara jiran, memupuk semangat persahabatan serantau. Kolaborasi antarabangsa ini membuktikan AOS bukan sekadar acara tempatan, tetapi platform yang menghubungkan komuniti automotif serantau.

Bagi peminat koleksi miniatur, Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) kembali untuk edisi ketiga dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pelancaran model edisi khas pertama di Asia Tenggara. Kehadiran pereka produk Hot Wheels, Brendon Vetuskey, menjadi tarikan utama yang dinantikan peminat.

Tidak ketinggalan, zon pameran seperti Show & Shine, ThunderCircus Brotherhood Rally, Project Car Invitational, serta pelbagai booth jualan dan zon makanan terus menghidupkan suasana. Zon Uji Tunggang dengan pelbagai jenama motosikal membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman menunggang model terpilih.

Di Dewan A, SoundCircus Takeover menghangatkan suasana dengan barisan artis tempatan dan antarabangsa. Gabungan muzik, seni dan automotif mengukuhkan lagi imej AOS sebagai acara gaya hidup yang merangkumi pelbagai dimensi hiburan.

Penganjuran AOS 2025 disempurnakan dengan penganugerahan Best of Show bagi kategori automotif dan motosikal, yang menyaksikan pemenang menerima jemputan ke MOONEYES Yokohama Hot Rod Show 2025. Acara ini sekali lagi membuktikan bahawa AOS bukan sekadar pameran, tetapi platform yang mengangkat bakat tempatan ke peringkat antarabangsa.

Previous Post

Simbol Keazaman dan Kreativiti Tanpa Sempadan

Next Post

Gaya, Praktikal & Mampu Milik

Next Post

Gaya, Praktikal & Mampu Milik

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved