Berlandaskan prinsip dan semangat berkawan sesama ‘scooterist’, tertubuhlah sebuah komuniti skuter sekitar tahun 2005 yang pada awalnya dinamakan sebagai Auto Scoot Clan. Namun begitu, ekoran sebab-sebab tertentu satu kata sepakat dicapai dan North Borneo Community (NBSC) dipilih sebagai menggantikan nama asal.
Pelbagai aktiviti dilakukan komuniti ini termasuklah berkonvoi, menyertai autoshow dan pernah muncul sebagai ‘best of the best dressed up’ skuter kostum di autoshow antarabangsa. Dinaungi saudara Jamal dan Sufiandie, objektif penubuhan komuniti ini adalah untuk mengelak golongan belia dari terjebak dengan kegiatan kurang sihat seperti lumba haram, penyalahgunaan dadah dan macam-macam lagi.
Kesatuan dan kecintaan terhadap aktiviti permotoran ini sekaligus membuktikan sistem demokrasi dipraktikan di Malaysia di mana setiap individu bebas melalukan aktiviti diminati tanpa sebarang sekatan.