Sejak pihak NASA mengumumkan misi artemis yang kembali ke bulan pada tahun 2024 ini, terlalu banyak projek tentang misi mula muncul di media. Dari habitat lunar Big sehinggalah rover dipandu sendiri atas bulan milik Toyota, penyelidik, jurutera dan juga para saintis seluruh dunia masing-masing membayangkan cara untuk menghuni di sana.
Salah satu idea yang berjaya menarik minat adalah hasil dari Andrew Fabishevskiy yang mendiota sebuah motosikal konsep untuk mengembara di permukaan bulan. Dikatakan sebagai motosikal NASA, kenderaan elektrik yang diilhamkan Fabishevskiy ini menampilkan kerangka trellis tubular yang memegang bateri dan komponen dalaman.
Jentera dua roda ini digerakkan oleh motor yang dipasangkan pada hub, sementara bahagian kawalannya dilengkapkan menerusi bar pemegang yang rendah. Selain itu, ia dilengkapi dengan sebuah kusyen yang diikat bersama tali mirip pelana untuk membantu sistem penggantungan.
Adakah idea inovatif Fabishevskiy dapat menarik perhatian pihak NASA?
Sumber : Designboom.com