Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sederhana dan ringan untuk tunggangan lebih selesa dan menyakinkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-15
in BULETIN, UTAMA
0

Pada penggemar jentera dua roda di Malaysia, anda pasti akan teruja dengan sebuah motorsikal yang paling hebat di pasaran daripada jenama terunggul iaitu Kawasaki. Model Ninja 650 ABS adalah jentera yg telah dipasarkan di Malaysia pada tahun 2017, dengan reka bentuk yang garang dan spesifikasi enjin yang sangat memuaskan. Model Ninja 650 ABS ini adalah model terbaharu pengganti kepada model sebelumnya iaitu Kawasaki ER-6F.

Dengan karakter yang berbeza dengan model terdahulu, Kawasaki telah menambah baik reka bentuk model terbaharu ini terutamanya pada bahagian ‘Fairing’ untuk menampakkan imej yang lebih agresif dan ‘sporty’. Nak tahu apa yang istimewa?. Ninja 650 ABS ini direka dengan saiz yang sederhana dan ringan untuk tunggangan yang lebih selesa dan menyakinkan. Dengan kelebihan rekabentuk yang aerodinamik, jentera ini sangat sesuai untuk tunggangan harian dan pengembaraan jarak jauh yang menguji kemantapan di setiap selekoh.

Selain itu, Kawasaki Ninja 650 ABS ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri yang canggih dan berbeza dengan model keluaran sebelumnya. Antara ciri-ciri yang unik pada jentera ini adalah rekabentuk lampu belakang LED yang berbentuk ‘Z’ dan lampu hadapan yang memberikan suluhan yang cukup terang sesuai untuk tunggangan pada waktu malam. Untuk panel meter pula, dilengkapi dengan rekaan meter digital LED yang memberikan informasi kelajuan serta posisi gear dan meter analog bagi penunjuk rpm. Sangat menarik!

Ninja 650 ABS ini telah direka dengan kerangka dan sistem gantungan yang lebih ringan, kuat dan mantap yang berbeza dengan model sebelumnya. Tunggangan pada hadlaju yang sederhana dalam jarak yang pendek lebih memberikan keselesaan kepada penunggang. Bukan itu sahaja, posisi tunggangan untuk model ini juga telah di seimbangkan dengan ciri ciri ‘touring’ dan ‘sporty’ yang memberikan keselesaan untuk perjalanan yang jauh dan mencabar.

Bila bercakap mengenai enjin, anda semestinya mempunyai pengalaman tersendiri terutamanya untuk kategori 650cc. Model Ninja 650 ABS ini menggunakan enjin 649cc dua silinder sejajar dengan penyejukan cecair, teknologi DOHC dan empat injap untuk setiap silinder. Enjin yang digunakan nampak sama tapi tak serupa dengan model sebelumnya. Kawasaki telah membuat perubahan pada sistem pancitan bahan api untuk memastikan kelancaran hantaran kuasa yang cekap dan efisien untuk tunggangan yang lebih menyakinkan.

Prestasi enjin yang hebat mestilah dipadankan dengan sistem brek dan suspensi yang terbaik. Oleh itu, model Ninja 650 ABS ini dilengkapi dengan sistem brek daripada jenama Nissin dan teknologi ABS daripada Bosch. Jika dipadankan dengan prestasi jentera ini, sistem brek yang canggih ini adalah satu pakej tambahan kerana ia memberikan daya cengkaman yang optimum sesuai untuk tunggangan dalam keadaan hujan dan licin. Bagi sistem suspensi pula, fork teleskopik 41 mm di hadapan adalah jenis yang tidak boleh dilaraskan, sementara sistem gantungan di belakang adalah jenis boleh dilaras untuk ‘preload’ sahaja.

Sama seperti model Z, jentera ini dilengkapi dengan sistem ‘Assist and Slipper Clutch’ yang sangat membantu untuk penukaran gear yang lancar. Dengan sistem penjimatan bahan api yang sangat efisien, jentera ini telah dilengkapi dengan saiz tangki bahan api 15 liter yang boleh digunakan untuk tunggangan sejauh 200 kilometer. Walaupun penjimatan bahan api adalah salah satu aspek yang diutamakan oleh Kawasaki, namun prestasi enjin dan kuasa yang dikeluarkan adalah pada tahap yang optimum dan sangat memuaskan.

Setelah hampir 3 tahun model Ninja 650 ABS ini dipasarkan di Malaysia, terdapat banyak komen yang positif daripada penunggang di Malaysia terutamanya dari segi keselesaan dan prestasi enjin yang boleh dikatakan paling terbaik dalam kelasnya. Model ini masih boleh didapati di pengedar sah Kawasaki di Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan! Nikmati pengalaman tunggangan luar biasa dan menakjubkan dengan Ninja 650 ABS yang memberikan 100% perbezaan dengan jenama motorsikal yang lain.

Ninja® 650 ABS KRT Edition
Ninja® 650 ABS KRT Edition
Ninja® 650 ABS KRT Edition
Ninja® 650 ABS KRT Edition
Ninja® 650 ABS KRT Edition
Ninja® 650 ABS KRT Edition
Previous Post

Pernah Jadi Juara Di Autoshow Antarabangsa

Next Post

Hanya Untuk Peminat Repsol Honda, Spesifikasi Kekal Sama

Next Post

Hanya Untuk Peminat Repsol Honda, Spesifikasi Kekal Sama

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved