Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Perjelajahan Skuter Bandar Pada Tag Harga RM11,999

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-02-09
in BULETIN, UTAMA
0

Pengedar jenama motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda melancarkan Honda ADV150 Urban Explorer Scooter di Malaysia setelah ia mendapat sambutan menggalakkan di beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Skuter kompak Honda ini, dilengkapi dengan sistem penggantungan terbaharu, tayar yang ‘dua alam’ (dual purpose) dan kedudukan menunggang yang mudah samada ia dipacu di jalan-jalan bandar, tunggangan secara santai mahupun menjadikan ia jentera dua roda yang lasak dan aktif.

Model ini dilihat jentera berada dalam segmen skuter kompak yang agak ringan, mempromosikan cara tunggangan dengan gaya hidup bebas dan santai. Pemilik model ini juga boleh menjadikan ia sebuah kenderaan harian, secara bersantai dan keseronokan pengembaraan di hujung minggu.

Honda ADV150 dikuasakan oleh enjin bersesaran 150cc dan eSP berpendingin cecair 150cc berserta sistem pembakaran PGM-FI yang mematuhi standard EURO4.

Beberapa ciri utama turut ditawarkan pada model terbaharu ini seperti:
● Gaya yang agresif dan canggih dengan ciri-ciri prestasi yang kuat
• Corak penggayaan jenis pengembaraan dan bersikap aktif.
• Diuji kekuatan untuk digunakan bagi perjalanan harian mahupun perjalanan jarak jauh.
● Peralatan yang menarik untuk meningkatkan keramahan, keselesaan dan keselamatan pengguna
• LED untuk semua lampu dan meter LCD
• Dilengkapi Sistem ABS (Sistem Brek Anti-kunci) dan ESS (Isyarat Berhenti Kecemasan)
• Sistem Kunci Honda SMART
• Perlindung Cermin Depan boleh laras sehingga dua tingkat pada ketinggian pada 165mm menjadikan skuter ini serba boleh ini mudah ditunggang dalam pelbagai keadaan. Reka bentuk suspensi Showa 130mm depan yang padat dan kemasukan brek cakera bergelombang 240mm di bahagian depan dan 220mm di belakang, bukan sahaja memberikan kestabilan dalam sistem pemberhentian yang optimum malah turut menampilkan imej yang agak sporti.

Di bahagian belakang, suspensi subtank berkembar bersaiz 120mm Showa memberikan keselesaan dan kestabilan optimum semasa mengambil selekoh, merentasi laluan bergelombang dan ketika membawa penunggang kedua. Penggunaan palang pemegang tirus dan tayar separa dwi guna yang besar memberikan Honda ADV150 penampilan yang sedikit gah.

Honda ADV150 dilengkapi dengan pencahayaan jenis LED dan meter LCD, yang lebih menonjolkan penampilan ciri-ciri motosikal pengembaraan. Lampu depan LED dilengkapi dengan sistem Daytime Running Light (DRL) moden, sementara lampu belakang LED dan isyarat belok digabungkan dengan fender belakang yang mempunyai reka bentuk seperti jentera berkuasa besar.

Dilengkapi dengan sistem pemberhentian ABS (Anti-lock Brake System), Honda ADV150 memberikan keselamatan penunggang pada tahap tertinggi ketika mengharungi perjalanan dalam pelbagai keadaan. Bagi mengukuhkan aspek keselamatan, model ini juga turut dilengkapi dengan sistem ESS (Emergency Stop Signal).

Sistem ESS ini akan mengaktifkan lampu amaran secara automatik semasa melakukan brek secara tiba-tiba sekali gus memberi amaran kepada kenderaan dibelakang. Model ini dilengkapi dengan Idling Stop System (ISS) yang dipertingkatkan bagi meningkatkan kecekapan bahan bakar ketika digunakan.

Di samping itu, model ini dilengkapi sistem peranti Kunci Honda SMART sekali gus memberi jaminan tambahan aspek-aspek keselamatan si pengguna. Honda ADV150 muncul skuter bersesaran 150cc terulung mempunyai Perlindungan Cermin Depan yang boleh dilaras sehingga dua tingkat. Kebiasaannya, ciri ini digunakan pada jentera berkuasa besar bagi melindungi tamparan angin dibahagian depan. Turut disediakan adalah ruang penyimpanan 27.8 liter yang dapat menampung keperluan pengguna bagi menyimpan barang peribadi.

Untuk kemudahan tambahan, model ini dilengkapi dengan pengecas kuasa di kotak konsol di bahagian depan dan tempat duduk bagi pembonceng direka lebih tinggi untuk menyokong keselesaan ketika menunggang.

Honda ADV150 tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Grey Metallic. Model ini diletakkan pada tag harga RM11,999 (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran) sudah berada di semua pengedar sah Honda di seluruh negara.

Previous Post

Rekaan Pereka Konsep Bebas, BMW S1000RR Tampil Agresif Tapi Unik

Next Post

Skuter Maxi Untuk Penunggangan Jarak Jauh

Next Post

Skuter Maxi Untuk Penunggangan Jarak Jauh

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved