Sebelum berlangsungnya acara Portbike Motoday 2020, pihak pengurusan Portbike telah mengaturkan satu program Retro Gathering Utara yang diadakan pada 7 Februari yang lalu. Bertempat di tapak acara yang sama untuk Portbike Motorday 2020 di Tanah Merah Jitra, program ini menerima sambutan baik dari para peserta.
Bermula dari pukul 8.00 malam dan berakhir sekitar 12.00 tengah malam, program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan, mengukuhkan ukhwah agar para peserta mengenali ahli-ahli retro seluruh Malaysia dengan lebih rapat. Bagi memeriahkan lagi program ini, pelbagai aktiviti telah disediakan pihak penganjur.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk majlis tahlil kepada saudara arwah Pak Leh, kutipan sumbangan derma, barbeku, lepak santai serta persembahan kumpulan busker yang dijemput khas. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh ahli-ahli dan para peserta yang hadir menyemarakkan lagi penganjuran program.
Dianggarkan seramai 400 orang telah hadir dan kehadiran paling ramai adalah para peserta yang datang dari Pantai Timur. Program santai ini berakhir pada pukul 12.00 tengah malam dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.
Disediakan oleh : Pak Art