Selain kotak penyimpan barang, jenama terkenal dari Itali – Givi turut memperkenalkan topi keledar terbaharu model M50.1 Vento. Topi bertutup penuh (full face) merupakan model terkini dengan corak warna yang digelar Graphic Techno Itali.
Model Givi terbaharu ini merupakan topi keledar jenis bertutup penuh dengan anggaran berat sekitar 1450 gram. Bahan yang digunakan adalah dari jenis technopolymer manakala di bahagian inner linning adalah jenis mudah dibuka dan dicuci serta fabrik jenis anallergir.
Menarik bagi topi kaledar Givi M50.1 Vento ini, ia dibekalkan dengan cisor tahan calar (anti scratch clear visor). Koleksi terbaru Vento ini juga turut dilengkapi dengan sistem geseran mikrometrik dengan fungsi pembukaan kunci dengan pantas.
Tersedia dalam pelbagai saiz dari saiz S hingga saiz XL dengan ukuran 25cm x 28cm x 15cm (panjang*lebar*tinggi), model GiVi M50.1 Vento turut dibekalkan dengan tiga pilihan warna berbeza – Graphic Lycan Red, Graphic Lycan Neon Yellow dan Graphic Razor Black.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
GIVI Asia Sdn. Bhd.
No. 11 & 13, Jalan Jasmine,
Seksyen BB10,
Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03 – 6028 3800
Emel : enquiry@givi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/givimalaysia/
Web : https://www.givi.com.my/