Sebelum berlangsungnya program DFZ Raido Motor Day 2020 yang dijadualkan pada 21 Mac ini, satu majlis pengenalan telah diadakan pada 13 Februari lalu. Bertempat di Restoran Route 69, Pantai Robina, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, majlis ini dianjurkan oleh Raido Team yang menjemput kelab-kelab motosikal.
Selain memperkenalkan program ini kepada kelab-kelab yang dijemput khas, majlis ini juga bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain dan juga beramah mesra. Antara jemputan khas yang berkesempatan menghadiri dan memeriahkan lagi majlis ini adalah DFZ Agency Sdn Bhd, REDONE dan juga barisan media seperti Roadstar dan juga Sinar Harian.
Sebanyak 24 kelab motor telah dijemput hadir bagi menyemarakkan lagi ini iaitu;
1. Fighter Highway
2. Penang Island Club
3. Kelab Permotoran Honda RS 150R Pulau Pinang
4. Kelab Permotoran Honda RS 150R Kedah
5. Tentera Udara Riders Club @TURC
6. Juru Bikers
7. Adventure Touring Motorsport @ATMS
8. MSOC
9. Utara Sport Rider
10. Benelli RFS150i Kedah State Crew
11. Benelli RFS150i Penang Crew
12. Benelli RFS150i Silver State Crew
13. MEDT 250 Utagha
14. NVX Penang Community
15. NMAX Utara
16. KTM Penangite DUKERC
17. NVOG & Friends
18. PGPUM
19. NXO
20. XTREME
21. Pakatan Vespa Utara
22. Persatuan Vespa Lambretta Negeri Kedah
23. ADK Bikerz
24. Mujahid 250 Bikerz Team
Disediakan oleh : Pak Art