Cameron Highland, tetap menjadi pilihan. Lokasi yang sering tular kerana masalah kesesakan lalulintas, tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk datang dan melakukan aktiviti khususnya kelab-kelab permotoran dua roda. Antaranya termasuk kelab ROSE Riders yang telah mengadakan satu percutian muhibbah pada bulan Jun yang lalu.
Berlangsung selama dua hari dan satu malam, program percutian ini merupakan kerjasama di antara ROSE Riders dan Kelab Permotoran Abah Abah Riders (AARM). Program ini telah dipimpin oleh presiden ROSE Riders iaitu Bro Zass bersama presiden AARM, Puan Syima dan juga En. Asrol.
Selain percutian, program ini juga berkisarkan tentang perbincangan hala tuju kelab serta program ukhuwah yang bakal diadakan. Dalam masa sama, mengukuhkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli-ahli kelab. Kesempatan ini juga diambil ahli-ahli untuk menikmati suasana yang cukup indah sambil melakukan kerja-kerja amal dengan berinfaq!