Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kisah Di Sebalik Jentera Yamaha RXS & RD

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-07-27
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dalam dunia hari ini, pelbagai hobi sering kita nampak telah dan sedang berlaku pada manusia. Malah ada sesetengahnya memiliki kecenderungan berbeza. Tidak kurang juga ada yang obses dengan kenderaan seperti jentera dua roda yang sering terjadi pada masyarakat di kala ini.

Tidak kira sama ada minat terhadap jentera kecil, berkuasa besar atau motosikal yang pernah memiliki nostalgia masa lampau adalah fenomena biasa bagi seseorang. Maka, tidak hairanlah, ramai yang berhabis duit demi memastikan segala impian menjadi kenyataan.

Hal yang sama turut terkait dengan penggemar motosikal lama atau pencari/penyimpan motor retro. Sudah menjadi lumrah ramai pihak yang menyatakan ia bersifat “collective item” sahaja. Benar atau tidak, kebiasaannya, item-item (jentera retro) memenuhi selera luar biasa, bajet yang melebihi atau sekadar mempunyai kenangan sentimental satu ketika dahulu.

Bagi pemilik jentera Yamaha RXS 115 dan RD125LC yang menghiasi ruangan Show Off kali ini, dia mempunyai cerita yang tersendiri apabila terpaksa mencari semula 2 buah model motosikal yang pernah satu ketika menjadi miliknya satu ketika dahulu.

Kisah kerinduan pemilik yang dikenali dengan nama Alias Zainol terhadap 2 jenama Yamaha ini, sebenarnya banyak diungkai oleh anak sulung Alias sendiri, Mohd Khowas Ilyasak kepada penulis. Sudah pasti ungkapan pertama anak Alias adalah mengenai kesetiaan dan kerinduan yang menyelubungi ayahnya.

Ya, ia konflik paling tepat mengenai kerinduan yang hanya boleh diulangi dengan adanya dua objek beroda ini. Bukan sekadar minat terhadap motosikal retro malah ia banyak berkait rapat dengan kisah kehidupan dengan motosikal terbabit.

“Memang motor macam ni payah nak dapat. Tambahan pula tidak ramai lagi yang masih memiliki motosikal sebegini. Kalau ada pun, mungkin sudah tersadai dekat pokok, bangsal belakang rumah atau ada kemungkinan sudah tidak boleh digunakan lagi.”

“Sebenarnya, ada kisah di sebalik dua motosikal ini yang diceritakan ayah kepada saya. Ia semacam simbol atau lebih kepada perjalanan awal kehidupan dia satu ketika dahulu. Bermula dengan jentera inilah, ayah saya memulakan kehidupan sehinggalah bertemu jodoh dengan emak (isterinya) dan kekal hingga hari ini,” ujar Alias memulakan klise ceritanya.

Berkat kesabaran selama 30 tahun, Alias atau nama sebenarnya Ilyasak Haji Zainol mula kembali mencari motosikal yang pernah menjadi ‘peneman di awal hidup’ ketika dia merantau di kawasan orang demi kelangsungan hidup.

“Lama juga kami anak beranak mencari motosikal sebegini. Dari media sosial sehingga kepada info mulut. Ada yang mahal, ada juga motosikal tu teruk sehingga kami terpaksa berbelanja besar sedikit untuk dibaiki dan diberi nafas baharu.

“Atas minat dan rindu dengan kenangan ketika zaman muda, ayah saya meneruskan pencarian dan walaupun apa kami dapat bukanlah jentera asal yang pernah ayah saya miliki sebelum ini. Sekurang-kurangnya ia dapat mengembalikan nostalgia di awal kariernya,” ujar Khowas mengungkap kembali kisah bapanya dengan dua jentera Yamaha ini.

Pemilik jentera retro dari Jitra, Kedah ini menganggap dirinya cukup bertuah kerana kesekian kalinya pencariannya menemui titik noktah. Bukan satu malah dua buah jentera yang sebelum ini pernah menjadi miliknya satu ketika dahulu, dimiliki oleh Alias. Bagaikan kisah pasangan kekasih, sebenarnya ada babak yang membuatkan Alias terpaksa berpisah dengan dua jentera miliknya pada peringkat awal perkahwinan. Jentera pertama RXS 115 dibeli pada tahun 1983 dan selepas karier semakin teguh, hatinya berhasrat untuk menukar kepada model yang lebih baik.

“RXS 115 (nombor pendaftaran KR 2519) merupakan motosikal pertama yang ayah saya beli pada tahun 1983. Motosikal ini telah berjasa selama 2 tahun. Setelah 2 tahun, ayah saya mula terpikat dengan model Yamaha RD125LC.

“Kisah itu berlaku pada tahun 1985. Sebab nak upgrade, dia (ayah) terpaksa “trade-in” motosikal RXS 115 untuk membeli motosikal RD125LC (dengan nombor plat KS 371).

“Selepas tiga tahun menggunakan Yamaha RD125LC, ayah sekali lagi menjualnya sebab ingin melangsungkan perkahwinan dan bagi meneruskan kelangsungan hidup selepas berumah tangga.

“Sehinggalah selepas 30 tahun, ayah yang sudah pencen dan tiada komitmen lain, memasang hasrat untuk mencari dua model motosikal itu. Sebagai anak sulung, saya turut membantu mencari semula motosikal yang pernah dimiliki dahulu iaitu RXS115 dan RD125LC,” ujar Khowas lagi.

MASIH MENGEKAL KEASLIAN
Dua jentera yang didambakan sejak sekian lama akhirnya menjadi milik Alias. Sejak dari itu, bibit-bibit untuk mula kembali aktif dengan hobi zaman muda terhadap motosikal mula menyinar. Motor pertama Alias adalah dari jenis Yamaha RXS, dibeli pada tahun 2020 (ketika pandemik Covid-19) di Puchong, Selangor.
Selang dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2022, rakan-rakan Alias memberitahu bahawa terdapat sebuah motosikal RD125LC di sekitar Kedah.

“Bagi model RXS, ayah tertarik dengan jentera ini disebabkan pemilik asal masih mengekalkan keasliannya malah nombor platnya juga agak signifikan dengan kisah hidupnya. BBQ 1986 bagi ayah adalah nombor yang cukup cantik dan mengambarkan tahun permulaan dia berkerja.

“Manakala bagi jentera RD125LC, info mengenai motosikal itu banyak diberitahu beberapa kenalannya. Apa yang saya tahu pemiliknya yang tinggal di Sedim, Kulim dan berhasrat untuk menjual motosikal itu. Alhamdulillah, tuhan nak tunjuk dan benarlah kat orang ‘rezeki tidak salah alamat dan akhirnya menjadi miliknya,” ujar Khowas.

Walaupun dua jentera ini bukan milik asal ayah, sekurang-kurangnya perasaan ayah ketika itu amat tersentuh kerana akhirnya berjaya juga memiliki semula kedua-dua motosikal idamannya semula,” ujar Mohd Khowas menceritakan saat-saat mendapat kedua-dua model terbabit.

KISAH HARGA MOTOSIKAL
“Untuk jentera RXS, ada cerita menarik mengenainya. Ia berkait dengan penjual itu sendiri. Bagi saya dan ayah, jentera miliki seorang individu di Puchong ini cukup cantik dan harganya pula terlalu rendah. Manakala, pada jentera itu sendiri, tidak banyak yang perlu kami lakukan.

“Cuma, kami tersentuh kerana pemilik asal terpaksa menjual akibat menampung kerugian dan mahu meneruskan perniagaannya semula. Semoga pemilik asal terus sukses dalam perniagaannya,” tambah Khowas yang menceritakan bahawa mereka dua beranak terpaksa mencari idea untuk meloloskan diri dari sekatan jalanraya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk sampai ke Puchong, Selangor dari Kedah.

Menurutnya lagi, bagi jentera RD125 pula, ia sedikit mahal dan tidak setimpal dengan penampilannya. Namun kerana minat dan jentera sebegini agak sukar dicari, kami terpaksa menghabiskan hampir RM25,000 termasuklah pengubahsuaian enjin dan imej yang lebih segar.

ANUGERAH RETRO
Atas dorongan anak-anak dan rakan-rakan sebaya, Alias yang menetap di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah sepertimana pemilik jentera retro yang lain turut memasang impian untuk mengetengahkan aura motosikal yang diberi nafas baru untuk tatapan khalayak ramai.

Antaranya ialah Darulaman Aman Rareretro, 50 tahun annivesary Chin Hin, Gegar Anak Muda Padang Terap, Kuala Nerang dan Retro Street Motorshow yang kesemuanya berlangsung di Kedah.

Semasa “moto show” yang diadakan bersempena 50 tahun Annivesary Chin Hin, motosikal RD125LC telah mendapat tempat pertama dalam kategori Retro dan motosikal RXS 115 telah mendapat tempat ketiga dalam kategori Retro.

SEKILAS FAKTA
YAMAHA RXS115
Jenis Motosikal: Yamaha
Model: RXS 115
Tahun: 1982
Enjin: Standard
Kaburator: RXZ
Rim: Honda CB

YAMAHA RD125LC
Jenis Motosikal: Yamaha
Model: RD 125 LC
Tahun: 1985
Enjin: Standard
Kaburator: RXZ
Rim: Jenis Kipas (Original Motosikal)

PROFIL PEMILIK MOTOSIKAL
Nama: Ilyasak bin Haji Zainol
Panggilan: Alias
Karier: Pesara/Kerja Sendiri
Umur: 58 Tahun
Isteri: Rusmawati Hussain (Wati)
Alamat: No. 406, Taman Mahsuri,
Fasa 2A, 06000 Jitra, Kedah
Bilangan Anak: 4 Orang

Previous Post

Persaingan Sengit, Akhirnya Litar Permotoran Terengganu Berjaya Ditawan

Next Post

Percutian Sambil Beramal Cara Rose Riders & AARM

Next Post

Percutian Sambil Beramal Cara Rose Riders & AARM

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved