KTM kini menghadapi cabaran besar apabila syarikat induknya, Pierer Mobility AG, memfailkan penyusunan semula perniagaan untuk mengelakkan kebankrapan. Kejatuhan pasaran dan masalah global, termasuk kadar faedah yang tinggi dan pengurangan perbelanjaan pengguna, memberi kesan besar terhadap operasi syarikat ini.“aligncenter size-large wp-image-49918” />Langkah penyusunan semula ini membolehkan syarikat mengelak kebankrapan melalui pengurangan hutang dan penstrukturan semula operasi. KTM berharap proses ini dapat diselesaikan dalam tempoh 90 hari. Kejayaan ini memerlukan sokongan daripada pihak pemiutang.Walaupun pengurusan KTM yakin dapat mengatasi cabaran ini, ramai yang skeptikal terhadap kenyataan mereka. Situasi ini menimbulkan persoalan, memandangkan syarikat yang benar-benar berjaya tidak seharusnya berada dalam situasi kewangan yang kritikal.
Namun, peminat motosikal KTM masih berharap agar jenama ikonik ini dapat bangkit semula. Dengan perancangan yang baik, mungkin KTM mampu kembali sebagai peneraju dalam industri motosikal global.