Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sambutan Meriah, Momen Indah Dan Sarat Dengan Kenangan Di Alor Setar

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-11-29
in BULETIN, UTAMA
0

GTR Owner Club (GTROC) yang terbahagi kepada tiga sektor iaitu GTROC Southern, GTROC Central, dan GTROC Northern. Tahun 2024 ini menandakan ulang tahun ke-10 GTROC. Acara kali ini dianjurkan oleh GTROC Northern di bawah pimpinan En. Mohd Arashid. Sambutan yang dinantikan pemilik motosikal Kawasaki GTR 1400 ini telah pun berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2024 lalu di Alor Setar, Kedah, dengan penginapan selama tiga hari dua malam di RAIA Hotel.

Beberapa peserta dari Singapura memulakan perjalanan mereka seawal 24 Oktober bersamaan dengan hari Khamis, sementara peserta dari seluruh Malaysia pula bergerak pada pagi 25 Oktober. Lokasi perhimpunan pertama adalah di R&R Gurun arah utara, sebelum konvoi sebanyak 263 motosikal menuju ke Masjid Jame’ Al-Shahab di Kepala Batas untuk solat Jumaat. Selepas solat, peserta mendaftar masuk di RAIA Hotel dan bersolat maghrib terlebit dahulu sebelum acara santai dan makan malam di Gemilang Kitchen dengan sesi karaoke.Pada 26 Oktober, selepas sarapan pagi, para peserta dilepaskan secara rasmi oleh YB Muhammad Radzi bin Md Din, Exco Sukan Negeri Kedah. Konvoi bergerak menuju ke Muzium Padi di Gunung Keriang untuk lawatan dan sukaneka. Seterusnya, peserta diiringi ke Tahfiz Anak Yatim Darul Darsa di Kuala Nerang, di mana mereka berkesempatan menghiburkan anak-anak yatim dengan menunggang motosikal dan menyumbangkan lebih RM32,000. Acara ini diakhiri dengan makan tengah hari bersama dan solat Zuhur.Sebelah petang, peserta mengambil bahagian dalam acara permainan motosikal “Time Motor Attack” seperti pertandingan motosikal perlahan dan pusingan kon. Pada sebelah malamnya, acara kemuncak jamuan makan malam di dewan ballroom yang turut menyaksikan sesi cabutan bertuah. Hadiah utama berupa motosikal SMsport 110cc dimenangi oleh peserta dari Singapura. Pihak penganjur juga mengumumkan bahawa GTROC Central akan menjadi tuan rumah untuk acara ulang tahun ke-11 pada tahun 2025.

Hari terakhir, iaitu 27 Oktober, menyaksikan peserta mula meninggalkan Alor Setar seawal jam 7 pagi. Ada yang pulang terus ke destinasi masing-masing, manakala sebahagian lagi berlepas secara berperingkat. Sambutan tiga hari dua malam ini memberikan kenangan manis kepada semua peserta dan mempereratkan lagi hubungan sesama ahli kelab.Dengan harapan dan semangat yang tinggi, semua peserta menantikan perhimpunan GTROC ke-11 yang akan datang. Semoga acara seterusnya lebih meriah dan terus mengukuhkan komuniti pemilik Kawasaki GTR 1400 di Malaysia dan luar negara.

Teks & Gambar oleh : ~kNor~

Previous Post

Penyusunan Semula, Langkah Untuk Elak Kebankrapan

Next Post

Hidupkan Semangat Patriotisme di Empat Dataran Bersejarah

Next Post

Hidupkan Semangat Patriotisme di Empat Dataran Bersejarah

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved