Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix musim ini berakhir dengan penuh aksi di Stadium Negeri Pulau Pinang. Azroy Hakeem Anuar dari pasukan HONDA ESTREMO YUZY RACING memenangi perlumbaan pusingan terakhir ini, manakala Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR mengesahkan tempat ketiga keseluruhan dalam kategori CP150.
Perlumbaan bermula dengan Azroy di petak pertama selepas mencatat masa terpantas 50.944 saat dalam sesi SuperPole. Kasma bermula dari petak kedua dengan masa 51.353 saat, diikuti Ahmad Afif Amran di petak ketiga. Perlumbaan sengit menyaksikan empat pelumba teratas mendominasi, tetapi Akid terpaksa menarik diri selepas terjatuh di lap ke-5.Perlumbaan terhenti sementara selepas bendera merah dikibarkan di lap ke-7. Apabila disambung semula dengan baki 11 lap, Azroy terus memecut ke hadapan. Walaupun Kasma dan Afif mencuba sedaya upaya untuk memintas, Azroy kekal di posisi pertama hingga ke garisan penamat dengan catatan masa 13’44.979 saat.
Kasma menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 13’46.864 saat, sekali gus meraih tempat ketiga keseluruhan CP150 musim ini. Afif pula di tempat ketiga dengan catatan 13’48.361 saat. Kejayaan ini menutup tirai musim 2024 dengan penuh dramatik dan mempamerkan semangat juang tinggi daripada semua pelumba.
Top 3 Terpantas – Pusingan 10 (CP150)
1. Azroy Hakeem Anuar – HONDA ESTREMO YUZY RACING (13’44:979s)
2. Kasma Daniel Kasmayudin – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (13’46:864s)
3. Ahmad Afif Amran – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (13’48:361s)
Top 3 – Pasukan Juara Keseluruhan
1. PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (373 mata)
2. HONDA ESTREMO YUZY RACING (217 mata)
3. PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (205 mata)
Dua Gelaran Juara Milik 31 Racing
Manakala untuk kategori CP125, menyaksikan Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Juara CP125 selepas memenangi perlumbaan pusingan kesepuluh. Ini adalah kemenangan sulung buat pasukan dalam kategori ini, menandakan pencapaian yang membanggakan.
Perlumbaan bermula dengan Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari HONDA KC RACING di petak pertama setelah mencatat masa terpantas 53:542s dalam sesi Shoot-Out. Syamil memulakan perlumbaan di petak kedua, diikuti oleh Arash Tsunami Kamarudin dari YAMAHA TEKHNE AHM MOTOR SPORTS.Arash membuat kesilapan ‘jump start,’ memberi peluang kepada Farish untuk mendahului perlumbaan. Syamil kekal di P2 dan pada lap ketujuh, beliau berjaya memintas Farish. Md Irfan Haykhal Amidi juga mengambil kesempatan untuk merampas kedudukan pertama, tetapi Syamil tidak berputus asa dan kekal mencabar Irfan.
Di selekoh terakhir, Syamil melakukan pintasan dramatik dan memecut laju ke garisan penamat, mencatat masa 13’35:473s. Kemenangan ini menobatkan Syamil sebagai Juara CP125, dengan Irfan di tempat kedua dengan catatan masa pada 13’35:671s dan Md Izam Ikmal Izamli di tempat ketiga pada 13’37:678s. Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING dalam sejarah Cub Prix Malaysia.Top 3 Terpantas – Pusingan 10 (CP125)
1. Md Syamil Amsyar Md Iffende – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (159 points)
2. Md Izam Ikmal Izamli – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (139 points)
3. Md Irfan Haykhal Amidi – HONDA KC RACING (123 points)Top 3 – Pasukan Juara Keseluruhan
1. Md Syamil Amsyar Md Iffende – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (159 points)
2. Md Izam Ikmal Izamli – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (139 points)
3. Md Irfan Haykhal Amidi – HONDA KC RACING (123 points)
Akif Menang, Farres Juara Wira KBS
Md Farres Putra Md Fadhil dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING mengesahkan juara keseluruhan bagi musim 2024, dan Md Akif Abdullah dari HONDA KC RACING meraikan kemenangan dalam perlumbaan.
Di sesi kelayakan, Farres mengambil kedudukan pertama di petal grid setelah mencatat masa terpantas 54:551s. Di petak grid kedua adalah Md Adib Arsyad Md Hisam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING dengan catatan masa terpantas 54:611s diikuti oleh Md Iman Fahmi Senin dari WINBOX KM+ AXLA yang mencatat masa terpantas 55:076s.Sesi perlumbaan telah menyaksikan persaingan hebat daripada Farres yang dengan pantas mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Akif di P2 dan Md Adib Arsyad Md Hisam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING di P3. Di lap kedua, Akif dan Adib mencari peluang dan berjaya memintas Farres yang melakukan kesilapan kecil. Sementara itu, Md Akid Md Shah Khearul Nisiam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING berada di P4.
Akif terus mengetuai perlumbaan walaupun Adib yang mengekori rapat terus memberi tekanan kepadanya. Di lap 6 Akif dan Adib telah meninggalkan Farres di P3 dengan jarak 2.180s. Di lap terakhir, Adib yang tidak berputus asa memintas Akif dari dalam. Namun Akif pantas mengambil semula kedudukannya di P1 dan memecut ke garisan penamat untuk memenangi perlumbaan pada 11’05:504s. Adib meraih tempat kedua pada 11’05:646s. Akid yang berada di P4 berjaya memintas ke P3 pada 11’06:406s untuk mengambil tempat ketiga. Farres yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat meraih gelaran Juara bagi WIRA KBS bagi musim 2024.
Top 3 Terpantas – Pusingan 10 (Wira KBS)
1. Md Akif Abdullah – HONDA KC RACING (11’05:504s)
2. Md Adib Arsyad Md Hisam – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (11’05:646s)
3. Md Akid Md Shah Khearul Nisiam – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (11’06:406s)
Top 3 – Pasukan Juara Keseluruhan (Wira KBS)
1. Farres Putra Md Fadhil – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (182 points)
2. Md Akif Abdullah – HONDA WAVE ALPHA KC RACING (178 points)
3. Md Adib Arsyad Md Hisam – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (162 points)