Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pengumuman Untuk Musim 2022 Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-10-22
in BULETIN, UTAMA
0

Persada sukan motor di Malaysia kembali meriah dengan pelbagai penganjuran sukan lumba berprestij yang turut mengalu-alukan kehadiran para penonton. Namun, para peminat terpaksa menerima keputusan dengan hati terbuka dengan pembatalan Asia Road Racing Championship untuk musim 2021 yang diumumkan baru-baru ini.

Disebabkan pelbagai syarat ketat yang dikenakan ketika pandemik di beberapa negara, banyak pasukan terlibat berhadapan dengan kesukaran terutamanya permohonan merentas sempadan. Diikuti pula dengan prosedur kuarantin, kekurangan penerbangan dan banyak lagi halangan yang membuatkan ia mustahil menghimpunkan semua pelumba dan pasukan yang terlibat untuk musim 2021.

Menurut kenyataan Pengarah Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Thailand khususnya Litar Antarabangsa Chang yang bekerjasama rapat demi memastikan agar perlumbaan musim 2021 berjalan lancar. Tidak lupa juga kepada Sports Authority Of Thailand dan Federation Motor Sports Club Of Thailand yang berusaha sehabis baik untuk menyediakan yang terbaik sehingga saat-saat akhir. Bagaimanapun, semua yang berlaku adalah di luar kawalan.

Negara-negara Asia mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat berbanding negara-negara di Eropah. Menghimpunkan kesemua pasukan di satu-satu lokasi memakan belanja yang tinggi terutamanya apabila melibatkan prosedur kuarantin setelah para peserta kembali ke negara masing-masing. Penyelesaian yang terbaik adalah membatalkan musim ini dan diteruskan pada musim hadapan, tahun 2022 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain itu, beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kongsi, pasukan-pasukan, para pelumba dan juga peminat.

Manakala menurut Presiden FIM Asia, Stephan Carapiet berkata, “FIM Asia menyokong penuh keputusan FIM Asia Road Racing Championship untuk membatalkan musim 2021. Asia merupakan negara yang paling ramai dengan penduduk berbanding negara-negara lain di dunia.”

“Keputusan kerajaan di negara-negara Asia untuk mengenakan syarat yang lebih ketat berkaitan penganjuran sukan antarabangsa tidak mengejutkan. Masalah bertambah buruk dengan peraturan-peraturan yang sering berubah. Seperti orang lain, saya juga turut kecewa dengan keputusan ini. Bagaimanapun, kita nantikan musim yang lebih cemerlang di tahun 2022!”

Previous Post

Penampilan Dipertingkatkan, Grafik Dan Warna Baru Tapi Spesifikasi Tetap Dikekalkan

Next Post

Demam Adiwira Kelahiran Marvel Masih Belum Kebah Di Brazil?

Next Post

Demam Adiwira Kelahiran Marvel Masih Belum Kebah Di Brazil?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved