Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Penampilan Dipertingkatkan, Grafik Dan Warna Baru Tapi Spesifikasi Tetap Dikekalkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-10-22
in BULETIN, UTAMA
0

Wmoto telah melancarkan WM110 versi dipertingkat (facelift) dari segi warna dan grafik bagi menyerlahkan visual keseluruhan yang premium. Motosikal ekonomi ini mempunyai corak baru dengan warna yang menyerlah dengan mengekalkan spesifikasi teknikal yang asal. Motosikal berkonsepkan mampu milik ini ditawarkan pada harga asas iaitu RM3,788.00 sahaja.

WM110 menggunakan enjin 109cc dengan kemampuan untuk mencapai 7.1Hp pada 8,000rpm dan tork 7.2Nm pada 6,000rpm. Selain itu, WMoto WM110 turut menggunakan suspensi jenama Kayaba (KYB) yang memberikan tahap prestasi pengendalian, kestabilan dan keselamatan perjalanan yang lebih tinggi. Selain itu, WM110 menggunakan brek cakera pada roda hadapan yang dapat meningkatkan keselamatan penunggang semasa membrek.

WMoto WM110 dilengkapkan dengan lampu hadapan terang sebagai ciri-ciri keselamatan ketika menunggang di waktu malam. Motosikal ini memiliki kapasiti tangki minyak sebanyak 4-liter yang sesuai untuk kegunaan harian dengan kemampuan untuk pergi sejauh 55km per liter pada kelajuan purata 80-90 km/j.

Motosikal yang cukup sempurna untuk kegunaan harian ini mempunyai tiga warna pilihan; biru, merah dan hitam dan boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia sekarang. Pembeli WM110 juga boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

Dijual Pada Tag Harga RM11,688, Hanya 5000 Unit Di Pasaran

Next Post

Pengumuman Untuk Musim 2022 Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi

Next Post

Pengumuman Untuk Musim 2022 Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved