Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pengembaraan Penuh Bergaya

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-11-25
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ramai bertanya, bagaimana sebenarnya pemilihan sebuah jentera berkuasa tinggi agar ianya tidak mengecewakan kepada pemiliknya? Jawapan umum yang sering penulis lontarkan pada persoalan di atas terdapat dua sesi iaitu jenis motosikal dan bajet yang disediakan.

Jika pemilihan itu sudah muktamad, maka isu kewangan harus difikirkan semula. Namun, sekiranya anda ingin menikmati sebuah jentera dalam segmen touring, ikuti rencana penulis berkenaan motosikal ini. Sebenarnya pemilihan motosikal berkuasa sederhana atau besar dalam segmen touring perlulah tepat dan model terbaharu Kawasaki Modenas Versys 650 pastinya model yang tidak akan mengecewakan pemilik baru.
Secara jujurnya, penulis beranggapan bahawa jentera ini (Versys 650) sudah sebati dan dianggap motosikal yang cukup popular bagi mereka yang mahukan satu perjalanan jauh sama ada dalam kalangan penunggang ‘newbies’ mahupun penunggang ‘otai’.

Antara sebab yang menjadikan Versys cukup dikenali adalah kerana ciri-cirinya yang begitu praktikal, sesuai untuk memerah di lebuh raya atau melenjan ketika mengharungi kesesakan jalan di bandar. Kawasaki Modenas Versys 650 sudah bertapak cukup lama di Malaysia dan model 2023 yang penulis bawa telah mengalami perubahan yang cukup ketara, terutama pada reka bentuk lampu depan dan paruh yang baharu ini.

Selain itu, ia dilihat lebih ‘sporty’ berbanding model terdahulu, namun fungsi dan kebolehgunaan Versys tetap kekal sebagai sebuah jentera bersifat touring namun dalam masa yang cukup versatile dalam apa jua keadaan.

Apa Yang Baharu?
Penulis kagum dengan perubahan dan penambahbaikan dilakukan Kawasaki Modenas terhadap jentera ini setelah kemunculan kali pertama di Malaysia sekitar tahun 2011. Antara yang dititik beratkan, sistem keselamatan motosikal yang dinaik taraf dengan penyediaan sistem kawalan cengkaman KTRC. Ia juga menyediakan dua mod bagi membenarkan penunggang menyesuaikan diri dengan corak dan cara tunggangan serta keadaan. Ia juga boleh ditutup sepenuhnya jika penunggang tidak mahu menggunakan sistem terbabit.

Menjengah di bahagian panel meter, Kawasaki Modenas Versys tersedia bersama panel TFT-LCD 4.3 inci baharu yang memaparkan segala maklumat yang diperlukan dengan paparan warna penuh. Panel instrumen terkini juga dilengkapi dengan aplikasi Bluetooth membolehkan penunggang menggunakan aplikasi Kawasaki Rideology ke telefon pintar. Ia sekali gus memberi peluang kepada penunggang mengawasi dan mengawal panggilan masuk atau mesej dengan pemberitahuan dipaparkan pada skrin. Model ini yang diketengahkan buat kali pertama di Milan, Itali pada tahun 2021 juga dilengkapi dengan dua peringkat mod berbeza dengan sistem Kawasaki Traction Control (KTRC) yang telah dipertingkatkan mengikut tahap dan citarasa si penunggang.

Bagaimanapun, bahagian lain Versys 650 masih mengekalkan ciri-ciri yang sama dan masih dijana oleh enjin 649cc sama seperti model Kawasaki Modenas Ninja 650 atau Z650. Hanya membezakan enjin Versys 650 tahun 2023 dengan model terdahulu, ia mampu mencapai kuasa sekitar 67hp bersama tork maksimum 61Nm sahaja.Penulis juga dapat merasakan bahawa enjin yang dipadankan dengan jentera Versys 650 terbaharu ini lebih agresif. Berbeza dengan model sebelum ini, sekali pun ia mengekalkan enjin dua silinder selari DOHC 649 cc bersama kotak gear enam kelajuan namun menghasilkan peningkatan kuasa sehingga 65.7 hp pada 8,500 rpm dan tork 61 Nm pada 7,000 rpm. Sejarah Mengenai Versys
Perkara ini diakui oleh jurugambar, Peter Lim yang kebetulan mempunyai jentera Kawasaki Versys 650 (model 2015). Beberapa elemen lain membezakan model miliknya dengan model tunggang uji yang kami rakamkan. Untuk info, Kawasaki Versys 650 (atau dalam istilah kod nama iaitu KLE650) merupakan sebuah jentera kelas pertengahan yang mengketengahkan ciri-ciri motosikal ‘sports’ dan elemen pengembaraan.

Malah nama Versys juga diambil berdasarkan perkataan antara serba boleh dan sistem. Ia diperkenalkan Kawasaki ke pasaran Eropah dan Kanada sebagai model 2007 dan ke pasaran AS pada tahun 2008. Pada tahun 2010 penggayaan baharu telah digunakan pada lampu depan dan fairing dan beberapa perubahan fungsi dibuat termasuk cermin yang diperbesarkan dan pelekap enjin getah yang lebih baik. Pada 2015, model baharu telah diperkenalkan dengan gaya fairing baharu yang meninggalkan lampu hadapan bertindan yang lebih lama untuk gaya lampu hadapan berkembar yang lebih konvensional yang biasa ditemui pada motosikal sukan.
Berbalik kepada keseronokan jentera ini, Kawasaki Modenas Versys 650 dipadankan dengan suspensi menggunakan fork teleskopik 41 mm dengan pelarasan pra beban dan lantunan di hadapan, serta monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang. Dengan enjin empat lejang 649cc dua selinder, ia sekali gus memperkemaskan versi terdahulu dengan cagak getah enjin baru, di mana ia mengurangkan gegaran.

Perlu diakui bahawa jentera dalam segmen touring mempunyai kekurangannya tersendiri. Antara kelemahan touring bersaiz tinggi begini ialah getaran yang ketara pada kelajuan melebihi 160 kilometer sejam (km/j), namun pembaharuan yang ditampilkan Versys baharu ini sangat signifikan.
Secara jujurnya, kemunculan model Versys ini berkonsepkan Dual Purpose, namun di Malaysia ia jarang digunakan untuk tunggangan ‘offroad’ atau di jalan-jalan yang berdebu. Posisi perehat kaki direndahkan 15 milimeter (mm) ke bawah dan dianjak 20 mm ke depan. Dengan bar hendal lebar, tempat duduk 4 mm lebih rendah dari model sebelumnya menjadikan tunggangan Versys ini sangat selesa dan menyenangkan penulis.

Cuma apa yang perlu difikirkan adalah pergerakan keluar-masuk pada petak parking atau mencelah di antara kenderaan lain kerana gabungan ketinggian gantungan 41mm di depan mungkin sedikit menyukarkan mereka yang berketinggian sederhana. Tangki bahan api pula ditingkatkan dengan kapasiti 21 liter iaitu melebihi dua liter berbanding model sebelumnya.

Penggunaan bahan api juga tidak mengecewakan hasil penggunaan mod ECO yang menunjukkan waktu sesuai untuk berjimat. Penghadang angin depan kini lebih lebar dan tinggi serta boleh laras yang mana ia sangat sesuai bagi mereka yang menempuh perjalanan di atas lebuh raya yang sibuk dengan aliran trafik kenderaan berat, selain penghadang angin ini boleh dilaras tinggi rendah sebanyak 2.5 inci.
Adakah Sesuai Dijadikan Tunggangan Harian?
Sepanjang tiga hari singkat diberi peluang menunggang uji Kawasaki Modenas Versys 650 ini, penulis tidak mahu membuat sebarang perbandingan dengan motosikal lain dalam segmen touring ini. Bagi motosikal touring, prestasi kuasa sudah pasti bukan ukurannya, kerana ia dihasilkan untuk memberikan keselesaan kepada si penunggang dan tidak kurang juga kepada penulis ketika mengharungi perjalanan jarak jauh.

Tunggangan dalam kawasan bandar juga tidak menjadi beban atau masalah terutama dalam kelajuan rendah. Jentera ini praktikal digunakan sebagai tunggangan harian. Ketika penulis membawa jentera ini melalui Lebuh Raya Pantai Barat (WCE), kawalan pendikit lebih teratur dan stabil, manakala ketika memecut di lebuh raya, ia tidak hilang kuasa. Jentera ini lebih tenang walaupun kondisi penulis berada pada kelajuan konsisten 140 km/j.
Prestasi casis juga sangat baik dengan titik pusat graviti yang hampir tepat, penulis dapat mengendalikan jentera dengan mudah dengan ciri yang lebih ‘sporty’. Model bagi tahun 2023 ini masih mengekalkan elemen sama seperti model sebelumnya termasuk hamburan kuasa 649 cc, DOHC, penyejuk cecair berkembar selari. Ia digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan.

Sistem suspensi disempurnakan dengan baik fork teleskopik bersaiz 41 mm dengan pra-muat dan pelarasan lantunan di hadapan dan monoshock di belakang datang dengan pelarasan pra-muat. Kesimpulannya, Versys 650 memiliki pelbagai elemen baharu yang lebih berbaloi untuk dimiliki. Ciri penggayaan, prestasi enjin, tahap pengendalian dan faktor ekonomi melayakkan ia dinilai sebagai antara jentera touring yang boleh diharapkan.
Apa Perrbezaan Dengan Model Sebelumnya?
Kawasaki Versys 650 mengekalkan enjin 649cc, selinder berkembar selari yang merupakan gabungan kuasa dan kawalan yang sempurna. Bagaimanapun, penulis agak teruja dengan enjin yang dipadankan dengan jentera ini.

Berbeza dengan model terdahulu, model ini agak berkuasa dengan kuasa suntikan bahan api yang menghasilkan 65.7 bhp dan tork 61 Nm, mendorong anda ke hadapan dengan keyakinan yang menggembirakan. Berat keseluruhan Versys 650 2023 adalah 219 kg, datang dengan tangki bahan api 21 liter serta tinggi tempat duduk 845 mm. Rim bersaiz 17 inci hadapan dan belakang, manakala beg barangan pula dijual secara berasingan.

Bagi mereka yang sudah lama mengimpikan untuk memiliki sebuah jentera touring segmen sederhana, Kawasaki Modenas Versys 2023 pilihan terbaik. Model ini menawarkan pilihan warna dan harga berbaloi seperti Metallic Spark Black (RM38,400), dan Candy Lime Green/Metallic Black Spark Black (RM39,100).

Previous Post

Ini 'Kali Bro’ 700 Cukup Mengujakan

Next Post

Kasma Daniel Raih Tempat Ketiga Keseluruhan CP150

Next Post

Kasma Daniel Raih Tempat Ketiga Keseluruhan CP150

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved