Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ini ‘Kali Bro’ 700 Cukup Mengujakan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-11-22
in BULETIN, UTAMA
0

Pasaran jentera cruiser jelas mempunyai pengikutnya tersendiri dan sekali pun model sebegini tidak ketara berbanding lambakan model dari segmen berbeza. Bagaimana pun ia tetap dan masih mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat jentera dua roda tempatan.

Sekali pun komunitinya agak kecil, namun bagi mereka yang mahukan jentera yang santai dan relaks untuk satu perjalanan yang jauh, mungkin jentera ini ada jawapannya. Kehadiran model terbaru dari Moto Morini iaitu Calibro 700 menghangatkan suhu pasaran motosikal cruiser tempatan. Penulis merasai pengalaman singkat menguji jentera usai perasmian. Sekali pun ‘litar’ agak pendek (ujian di atas petak letak kereta) namun ia sudah cukup memuaskan hati penulis.
‘Ini Calibro’ dilengkapi sesaran sebesar 693cc, di mana Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi Moto Morini di Malaysia, melancarkannya dengan penggunaan enjin silinder berkembar sebaris, 4-lejang berserta mekanisme 8 injap, DOHC dan klac jenis slipper.

Untuk info pembaca, jentera cruiser ini dijual pada harga RM35,888.00, tidak termasuk insurans dan cukai jalan dan ia sudah boleh didapati di semua pengedar sah Moto Morini di seluruh Malaysia.

Keunikannya terserlah pada reka bentuk hadapan motosikal yang mengaplikasikan Big Front Fairing serta binaan pelindung angin. Dengan padanan warna Quartz Black, Calibro 700 memberikan gambaran ketegasan dan keberanian khususnya apabila ditunggang di jalan raya.
Bagi reka bentuk meter pula, Calibro 700 didatangkan dengan reka bentuk hibrid yang menggabungkan ciri-ciri analog dan paparan LCD. Lampu hadapan pula menggunakan projektor LED yang terang dan berteknologi moden. Fungsi lampu ini juga mampu mengurangkan silau pada pengguna jalan raya yang lain dari hadapan.

Berbeza dengan kebanyakan motosikal cruiser yang lain, Calibro 700 telah dipasangkan dengan tali sawat bagi menggantikan fungsi rantai. Antara kelebihannya adalah dapat mengurangkan kesan gegaran semasa ia ditunggang seterusnya meningkatkan keselesaan sepanjang perjalanan. Tambahan pula, tali sawat juga tidak mempunyai masalah karat dan ini akan mengurangkan kebergantungan motosikal terhadap minyak pelincir.

Hantaran kuasanya pula setinggi 55kW/8,500rpm dan tork 68Nm/6,500rpm dengan nisbah mampatan 11.6:1. Ukuran piston dan lejangnya adalah 83mm x 64mm berserta panjang motosikal 2,220mm, lebar 860mm dan tinggi 1,260mm. Jarak rodanya sepanjang 1,490mm dan Calibro 700 mempunyai berat yang sederhana dalam kategori cruiser iaitu 228kg.
Tayar hadapannya bersaiz 130/70-18 turut dipadankan dengan sistem brek cakera Tunggal 320mm dengan dua piston floating caliper dan tayar belakang dengan saiz 180/65-16 beserta brek cakera tunggal 255mm floating caliper. Bagi suspensinya hadapannya pula adalah Fork Konvensional 41mm dan suspensi belakang menggunakan Penyerap Hentak Belakang Berganda.

Dari segi keselamatannya pula, jentera hitam ini dilengkapi dengan ABS dwi-saluran yang membantu mengawal cengkaman brek khususnya di permukaan jalan licin. Selain itu, DRL (Daytime Running Light) pada motosikal ini berfungsi untuk membantu pengguna jalan raya lain melihat kehadiran motosikal dengan lebih mudah pada waktu siang. Calibro 700 turut mempunyai sistem Side Stand Kill Switch.
Ciri ini memastikan motosikal hanya dapat dihidupkan apabila tongkat sisi dinaikkan sepenuhnya seterusnya meningkatkan keselamatan penunggang semasa memulakan perjalanan. Dua poket simpanan hadapan tersedia sebagai kemudahan untuk menyimpan barang berharga seperti telefon pintar atau dompet. Ditambah pula dengan penyediaan port pengecasan USB jenis-A, pemilik motosikal tidak perlu risau jika ingin mengecas telefon pintar semasa menunggang Calibro 700.

Bagi kapasiti tangki minyak, jentera ini mempunyai kapasiti sebesar 15 liter, sesuai untuk tunggangan jarak jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak. Tempat duduk turut memainkan peranan dalam memastikan penunggang menikmati setiap tunggangan dengan selesa. Calibro 700 menggunakan bahan yang berkualiti sebagai tempat duduk dengan ketinggian sekitar 705mm yang menjadikannya ideal untuk penunggang pelbagai saiz.Istimewanya bagi pasaran Malaysia, Calibro 700 hadir dengan dua tempat duduk serta dilengkapi kotak simpanan di kiri dan kanan tempat duduk belakang yang masing-masing berkapasiti 20 liter. Kotak-kotak simpanan ini juga dilengkapi pemantul cahaya bagi meningkatkan keterlihatan motosikal, terutamanya pada waktu malam.

Untuk memastikan keselamatan barang yang disimpan, ruang dalam kotak simpanan dilapisi kusyen bagi mengurangkan kesan hentakan dan mengelakkan kerosakan barang. Dengan tambahan pelindung angin, Calibro 700 ini tampil dengan identiti eksklusif yang berbeza daripada spesifikasi standard global.

Dengan setiap pembelian Moto Morini Calibro 700, para pembeli boleh menikmati jaminan perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

Menawarkan Pakej Barangan Eksklusif dengan Koleksi Item Istimewa

Next Post

Pengembaraan Penuh Bergaya

Next Post

Pengembaraan Penuh Bergaya

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved