Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dari Lembah Klang Ke Harimau Selatan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-10-03
in BULETIN, UTAMA
0

Bermula di perkarangan bangunan yang menempatkan pejabat Motoplex di Petaling Jaya, pemilik jenama motosikal Itali termasuk penglibatan media permotoran berkonvoi menuju ke selatan tanah air bagi memeriahkan lagi Vespa Fiesta 2023. Bukan sahaja pemilik motosikal skuter jenama klasik dari Itali ini sahaja teruja, malah seramai 16 wakil media yang ‘terpilih’ menyertai konvoi bermula dari Lembah Klang menuju ke selatan tanah air merangkumi jarak sejauh 330 kilometer.

Penulis juga turut berkesempatan menyertai konvoi Vespa ini. Paling menarik perhatian penulis untuk menyertai konvoi ini adalah kerana jenteranya itu adalah Vespa. Jika bukan, mungkin penulis berfikir banyak kali. Ditambah lagi dengan perasaan ingin tahu dan mahu menikmati sendiri jentera lajen dari Itali ini. Melalui pengalaman dan cakap-cakap dari mulut orang perihal ‘kesedapan’ menunggang jentera lajen ini, membuatkan penulis tidak berfikir panjang untuk menerima pelawaan penganjur.

Penulis mendapat peluang mencuba model Vespa GTS 300 walaupun pada peringkat awal sebelum ‘flagoff’konvoi bermula, penulis seharusnya membawa jentera dari jenama lain di bawah keluaran negara yang sama. Untuk info, Vespa Festa adalah himpunan dan antara cara untuk meraikan pemilik serta peminat skuter jenama klasik Itali, Vespa di Malaysia. Malah, Piaggio Malaysia selaku penganjur Vespa Festa 2023 menyaksikan Johor Bahru tampil sebagai ‘tuan rumah’ dengan pembabitan ramai pemilik skuter itu.

Konvoi dari Lembah Klang menuju ke Iskandar Puteri bagi penulis amat memenatkan juga. Namun jentera Vespa GTS300 membuatkan perjalanan sejauh 300 km itu agak santai dan berjalan lancar tanpa sebarang isu yang rumit.

Selain dari 50 peserta konvoi, check point pertama kami ketika selamat tiba di tempat berkumpul Zus Coffee Iskandar Puteri turut disertai oleh pemilik Vespa dari sekitar Johor dan angkatan jentera Itali itu meneruskan perjalanan untuk ke Hotel Big Box Sunway yang tersergam indah. Tiada aktiviti yang khusus untuk hari pertama ketibaan kami. Kalangan penulis permotoran hanya merehatkan diri sebelum menikmati makan malam dan perasmian sebuah lagi motosikal Vespa di sebelah malam.

Menarik mengenai Vespa Festa 2023 yang berlangsung di Iskandar Puteri kali ini ia turut diadakan serentak dengan sambutan Hari Malaysia 2023 pada tanggal 16 September. Hanya pada hari kedua, aktiviti kami mulai sibuk dengan pendahuluan aktiviti disajikan dengan acara ‘Treasure Hunt’.

Jika sebelum ini pembabitan media mengenai aktiviti ‘treasure hunt’ kerap menaiki kereta untuk sampai dari satu check point ke check point yang diberikan, kali ini pembabitan peserta Vespa Festa sekadar berjalan kaki dalam pencarian harta karun di sekitar bangunan Hotel Big Box Sunway.

Usai aktiviti Mencari Harta Karun di sebelah pagi, aktiviti utama peserta konvoi Vespa Festa yang berlangsung di sebelah petang adalah berkonvoi dari Hotel Big Box Sunway ke Motoplex JB di Stulang. Sepanjang perjalanan untuk ke Stulang, kami menikmati beberapa destinasi tetap bagi pelancong luar dan dalam negara seperti gelanggang keramat JDT – Stadium Sultan Ibrahin selain Laman Mahkota Istana Bukit Serene untuk bergambar kenangan.

Di Motoplex JB, acara diteruskan dengan pelbagai pengisian termasuk acara utama pelancaran model terbaharu Vespa di pasaran tempatan, Vespa GTV 300 (2023). Dari segi prestasi, tidak banyak beza antara GTS 300 yang penulis bawa dengan GTV 300 ini. Hanya ciri-ciri luaran sahaja agak berbeza dengan GTV 300 dengan penampilan yang sedikit ranggi dan elegan.

Model ini antara yang mendapat perhatian dikalangan peserta dan pengunjung di tapak Vespa Festa, Stulang dengan model Vespa GTV 300 (2023) dirasmikan dan dijual pada tag harga RM 35,900 (asas).

Selain itu, turut ditayangkan di Motoplex JB adalah Vespa ‘kayangan’, Vespa 946 10° Anniversario Lunar Edition yang dijual pada tanda harga menarik, RM 99,900 (asas). Model ini adalah yang paling kayangan dikalangan model Vespa yang sediada dan ia dalah model terhad dengan 1,000 unit dikeluarkan untuk pasaran seluruh dunia.

Di Malaysia dikhabarkan hanya 20 unit sahaja bagi pasaran tempatan namun info yang diberikan ketika itu, semua unit yang dibekalkan telah habis ditempah penggemar motosikal lajen dari Itali itu. Sementara itu, pihak Piaggio Malaysia turut mengumumkan yang Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah kepada Malaysia Vespa Festa 2024 yang dijadual berlangsung pada bulan Mei 2024 depan. Sampai berjumpa lagi di Pulau Mutiara sudah tentu sajian Nasi Kandar Penang antara intipati paling enak untuk Vespa Festa 2024 pula.

Previous Post

Adventure Touring Paling Berkuasa

Next Post

Pengalaman Dan Kenangan Dicipta Bersama

Next Post

Pengalaman Dan Kenangan Dicipta Bersama

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved