Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pendominasi Kuasa & Gaya, Yamaha R25 Hadir Dengan Warna Cyan Metallic

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-01-22
in BULETIN, UTAMA
0

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) memperkenalkan Yamaha YZF-R25 model tahun 2021 dengan didatangkan dengan warna baharu Cyan Metallic. Melalui laman Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia ia turut mengekalkan warna Yamaha Blue dalam pemilihan kepada para pelanggan.

Hantaran status berkenaan berbunyi “Pendominasi kuasa dan gaya, inilah Yamaha R25, kini hadir dengan pilihan warna baharu, Cyan Metallic untuk penunggangan yang lebih teruja. Anda sendiri boleh rasai keterujaanya hari ini di Pengedar Sah Yamaha yang berdekatan dengan anda.”

Bagaimanapun, ia tidak mengumumkan tanda harga bagi versi 2021 tersebut tetapi model 2020 ditawarkan pada harga disyorkan HLYM ialah RM19,998 (tanpa kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Model Yamaha YZF-R25 didatangkan kerangka badan jenis berlian dengan ketinggian tempat duduk 780mm, tangki bahan api dengan isian maksimum 14.3 liter dan berat 166 kg. Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan enjin empat lejang dua silinder DOHC 8 injap bersesaran 249cc. Ia dipadankan dengan sejukan cecair dan transmisi enam kelajuan.

Jentera itu mampu menjana kuasa maksimum mencapai 35.5 hp pada 12,000 rpm dan tork 22.6 Nm. Sistem suspensi pula dilengkapi fork terbalik (USD) di bahagian hadapan manakala monoshock di belakang, serta sistem brek cakera 2 piston di depan dan brek cakera piston tunggal di belakang. Ciri lain termasuk lampu depan berkembar, panel instrumen digital LCD dengan paparan pelbagai fungsi, suis utama 3 dalam 1 yang mendapat inspirasi daripada pembikinan motosikal besar.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai jentera terbaharu ini boleh mengunjungi pengedar sah Yamaha di seluruh negara. – FB Yamaha Motor Malaysia.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Jalani Latihan Di Gym Selepas Pembedahan

Next Post

Berpisah Setelah 12 Tahun Bersama, Karier Perlumbaan Tetap Diteruskan

Next Post

Berpisah Setelah 12 Tahun Bersama, Karier Perlumbaan Tetap Diteruskan

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved