Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Berpisah Setelah 12 Tahun Bersama, Karier Perlumbaan Tetap Diteruskan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-01-22
in BULETIN, UTAMA
0


Setelah 12 tahun bersama, Azhar Abdul Jalil akhirnya akan berpisah daripada pasukan IPONE Yamaha YY Pang Racing Team tahun ini. Pelumba yang berusia 28 tahun itu telah pun meluahkan hasratnya untuk meneruskan karier perlumbaan beliau yang kini di dalam proses perbincangan dengan beberapa pasukan perlumbaan lain untuk musim 2021.

“Saya agak keberatan untuk berpisah dengan pasukan YY Pang namun saya yakin bahawa pertukaran ini akan memberi perkembangan yang positif untuk karier perlumbaan saya. Buat masa ini, saya masih di tahap perbincangan dengan beberapa pasukan yang lain” kata Azhar.

Azhar yang memulakan karier Cub Prix pada tahun 2007 menerusi perlumbaan satu-jenama Yamaha Super Series. Beliau kemudian secara rasminya menyertai barisan pelumba YY Pang Racing Team pada tahun 2010. Dalam tahun yang sama, Azhar berjaya menghadiahkan gelaran Juara Wira kepada pasukan YY Pang Racing Team.

Sejak permulaan yang begitu positif itu, Azhar dan pasukan YY Pang Racing Team telah berkembang bersama – bermula daripada kategori Wira melangkah ke CP115, CP130 dan kini kategori CP150. Pasukan YY Pang Racing Team juga telah melakar beberapa kejayaan dan meraih beberapa kedudukan podium sepanjang 12 tahun bersama.

“Kami berbangga berpeluang bekerjasama dengan Azhar selama 12 tahun. Beliau adalah seorang pelumba senior yang peramah dan tidak kedekut untuk berkongsi pengetahuan. Bagi pihak IPONE Yamaha YY Pang Racing Team, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Azhar dalam usahanya untuk terus memperkembangkan karier perlumbaannya,” kata YY Pang, prinsipal pasukan IPONE Yamaha YY Pang.

Previous Post

Pendominasi Kuasa & Gaya, Yamaha R25 Hadir Dengan Warna Cyan Metallic

Next Post

Usaha Untuk Kekal Relevan Dalam Arena Permotoran Antarabangsa

Next Post

Usaha Untuk Kekal Relevan Dalam Arena Permotoran Antarabangsa

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved