Sudah tentu ramai yang masih ingat terutamanya para peminat tegar Marc Marquez, peristiwa yang mengubah nasib juara MotoGP itu pada musim pembukaan tahun lepas di Jerez. Beliau telah pun selamat menjalani pembedahan kedua keretakan tulang lengan kanan.
Juara dunia lapan kali itu telah kembali menjalani latihan selepas menjalani 3 pusingan pembedahan lengan kanannya pada Disember tahun lepas dan berkongsi gambar di akaun Instagram buat tatapan pengikutnya dengan kapsyen ‘hari pertama berbasikal’. Kecederaan yang dialaminya memaksa beliau berehat sepanjang musim lalu.
Menurut kenyataan pasukan Repsol Honda pada 14 Januari lalu, Marc Marquez telah menjalani pemeriksaan selama 6 minggu dengan keputusan yang amat memberangsangkan. Beliau dikatakan akan meneruskan dengan rawatan antibiotik yang spesifik dan program pemulihan mengikut keperluan keadaan klinikal.
Adakah Marc Marquez akan menyertai pembukaan MotoGP musim ini di Qatar?
Sumber : Sportstar