Rekaan prototaip terbaharu telah diperlihatkan di London Design Museum. Peminat Triumph sudah semestinya teruja melihat Trident yang juga sebahagian sejarah penting Triumph. Produksi enjin 3 silinder pertama berkuasa 1968-1975 Triumph Trident dan full-factory racing Trident yang dikenali sebagai “Slippery Sam” menjadi lagenda setelah memenangi lima kali berturut-turut perlumbaan Isle of Man Production TT. Pada tahun 1990an, namanya kembali dengan motosikal Trident 750 and 900.
Prototaip serba putih, roadster pertengahan ini menyasarkan motor naked pertengahan seperti Honda CB650R, Kawasaki Z650, Yamaha MT-07 / XSR 700 dan Suzuki SV650. Prototaip ini didatangkan dengan pelbagai ciri klasik seperti yang dijangkakan hasil rekaan pasukan Triumph di Hinckley.
Beberapa input tambahan dari pereka yang terlibat dalam pembangunan Tiger 900 baru. Ia juga dijangkakan menggunakan enjin bawah 800cc dan mempunyai bentuk tangki berlekuk seperti Speed Triple. Kepada peminat Triumph, motor ini bakal memasuki pasaran dengan harga yang akan diberitahu kemudian.