Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Suzuki GSXR 400, Evergreen Legend!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sebelum adanya Hayabusa di Jepun, inilah motor lejen depa dan Roadstar bertuah kerana dapat bersama dengan sebuah motor yang sukar ditemui di Malaysia, motor Suzuki GSXR 400. Ia merupakan antara motosikal sport berkuasa 400cc yang dihasilkan oleh pengeluar motosikal Jepun Suzuki antara tahun 1984 dan 1987 . Ini adalah model GSX-R pertama yang pernah dibuat oleh Suzuki sebagai evolusi replika perlumbaan dalam siri GSX.

Sebagaimana motosikal lain dalam kelasnya, GSX-R400 terus menerus diperbaharui. Enjin GSXR400 ini dikuasakan dengan enjin empat lejang dengan aspirasi semulajadi menggunakan karburator, 398cc dengan empat injap per silinder dan menggunakan camshaft dual overhead. Motor ini juga dilengkapi sistem penyejuk untuk memberi ketahanan enjinnya beroperasi.

Tampil dengan kelainan daripada model sebelumnya pada tahun 1984, GSXR 400 tahun 1986 ini direka semula untuk memberi nafas dan rupa baru. Nisbah kuasa ditingkatkan menjadi 0.39 hp / kg dengan casis baru dan jarak roda yang lebih pendek yang diperkenalkan oleh Suzuki. Justeru, ianya amat sesuai digunakan untuk perlumbaan pada masa itu.

Bagi keluaran 1986, ini antara yang ketara dapat kita saksikan adalah di bahagian hadapan. Untuk versi 86, anda akan dapat saksikan model ini menggunakan lampu petak yang membezakannya dengan keluaran 1984 dan juga 1987. Rupanya agak sama cuma kalau nak tahu yang mana versi 1986, anda boleh lihat di bahagian lampu hadapan berbentuk petak.

Menurut sumber yang dipercayai, model ini sangat jarang ditemui. Hanya beberapa unit sahaja yang berdokumen di negara kita. Kadar lebar dia tak lebar sangat, besar taklah besar sangat, kecil pun tak kecil sangat, tinggi pun tak tinggi sangat dan panjang pun, taklah panjang sangat. Untuk makluman, motor ini juga boleh dikira sebagai limited edition kerana bagi model lampu petak ini hanya dihasilkan untuk tempoh masa 1 ke 2 tahun sahaja.

Sehingga artikel ini dibuat, menurut pemiliknya iaitu saudara Azli Shamil Bin Arifin berkata, hasil semakan dengan agensi berkaitan di Malaysia hanya ada 2 sahaja model ini berdaftar dan disahkan ada di negara kita. Jadi, tak salah kalau kita kata motor ini spesis sangat rare. Kalau dah gila dan minat retro, memang pemilik akan tetap layan motor ini selagi terdaya.

Bagi merestorasi model ini, banyak pengorbanan telah dilakukan dan mengambil masa untuk memperbaikinya. Dek sebab peralatan dan juga partnya terhad, motor ini masih dalam proses penambahbaikan. Bagi sebuah motor tahun 1986, semestinya satu cabaran yang sukar harus ditempuhi beliau.

Menurutnya lagi, walaupun berkeadaan sebegini ianya sudah cukup membanggakan kerana ianya telah sampai ke satu tahap yang mana hanya beliau yang memilikinya di alaf moden ini di Malaysia. Suzuki GSXR 400!

Previous Post

Penampilan Prototaip Triumph Trident

Next Post

Berlumba Di Luar Trek, Gagal Raih Podium Selepas Dikenakan Penalti

Next Post

Berlumba Di Luar Trek, Gagal Raih Podium Selepas Dikenakan Penalti

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved