Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kali Ini Giliran Perompak Superbike

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-18
in BULETIN, UTAMA
0

Dua lelaki yang diburu polis dipercayai terbabit dalam rompakan bersenjatakan parang di dua stesen minyak di Kangar dan Changlun, Kedah minggu lalu ditahan petang semalam. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata penahanan dua suspek berusia 32 dan 37 tahun itu dilakukan dalam dua operasi masing-masing di Derang, Kedah pada jam 5 dan 6.30 petang semalam.

Katanya hasil soal siasat dua suspek terbabit, mereka mengaku ada kaitan dalam rompakan bersenjatakan parang di daerah ini dan Changlun.

“Kedua suspek ditahan di dua rumah dalam kawasan Derang, Kedah dan motosikal berkuasa tinggi yang digunakan sewaktu merompak turut ditemui di sebuah rumah.

“Malah hasil pemeriksaan mendapati ia adalah motosikal curi dan dilaporkan hilang di Sungai Besi, Kuala Lumpur awal bulan ini selain menggunakan nombor pendaftaran palsu sewaktu mereka merompak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata. Pada 9 September lalu, media melaporkan polis memburu dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang terbabit dalam kejadian rompakan bersenjatakan parang di sebuah stesen minyak di Kangar jam 6.20 pagi.

Kedua-dua suspek berpura-pura masuk ke stesen minyak dan membeli barangan runcit di dalam kedai sebelum salah seorang perompak bertindak mengacukan parang kepada pembantu kedai dan melarikan wang RM1,200. – Berita Harian

Previous Post

Pusat Service Plus MODENAS Di Pantai Timur

Next Post

Penampilan Prototaip Triumph Trident

Next Post

Penampilan Prototaip Triumph Trident

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved