Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pemenang Bertuah Dari Kelantan, Bawa Pulang Yamaha Y16ZR!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-05
in BULETIN, UTAMA
0

Sebagaimana tahun-tahun terdahulu, Festival Y15/16ZR dianjurkan bertujuan untuk menghimpunkan para pengikut dunia permotoran dua roda dari seluruh Semenanjung Malaysia. Penganjuran kali keempat ini dianjurkan oleh Maju YX15 dan FT Garage, Dokter Roadtax dengan kerjasama Perda Venture.

Bertempat di Midtown Perda Kubang Menerong, program kali ini diadakan pada 2 September lalu bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 6.30 petang dengan pelbagai pengisian aktiviti yang disediakan. Antaranya termasuklah Autoshow Motosikal, gerai-gerai jualan, pameran, cabutan bertuah serta 100 Hadiah Misteri!

Selain menawarkan hadiah berupa sebuah motosikal Y16ZR sebagai tarikan utama, pelbagai hadiah lain disediakan bagi menarik perhatian dan ternyata ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Hampir 20,000 orang telah membanjiri Midtown Perda dan pengunjung rata-ratanya datang dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Tapak program bertambah meriah dan hangat dengan penampilan khas barisan artis jemputan yang terdiri dari Achey, Uchop Ahmad serta kehadiran Yusof Azmi dari Semboyan Malaysia. Kesempatan digunakan sepenuhnya oleh para pengunjung untuk bermesra dengan barisan artis Malaysia ini.

Bagi makluman, majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan secara rasminya oleh YB Dato’ Sri Rezal Merican Bin Naina Merican (ADUN Bertam Merangkap Pengerusi MATRADE). Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Rezal Merican kepada barisan pemenang bertuah yang datang dari Kelantan. Beliau membawa pulang hadiah utama, sebuah Yamaha Y16ZR.

Setingi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan barisan penaja kerana tanpa mereka, penganjuran kali ini mungkin tidak selancar yang dirancangkan. Antara barisan penaja yang terlibat adalah seperti FT Garage selaku penaja utama diikuti ARC, KYT, RIDER&CO, Wahan Auto Part, Pinto Racing, Hypertech, Petronas Sprinta, Rock Oil, Penang Kini, Koyoko, FKR, Bottol Garage, Tobaki Racing dan banyak lagi.

Previous Post

Bersantai & Berukhuwah, Bermesra Dengan Setiu Yang Indah!

Next Post

5 Model Suzuki Ke Pasaran Hujung 2023

Next Post

5 Model Suzuki Ke Pasaran Hujung 2023

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved