Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bersantai & Berukhuwah, Bermesra Dengan Setiu Yang Indah!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-05
in BULETIN, UTAMA
0

Ribuan peminat permotoran dua roda telah mengunjungi dan memeriahkan program Terengganu Bike Mix Setiu 2023 yang diadakan baru-baru ini. Bertempat di perkarangan Dataran Rhu 10, program ini berlangsung selama dua hari iaitu 25 dan 26 Ogos lalu.

Dianjurkan oleh Setiu Route T1 (SBR) dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu, program ini diadakan buat julung kalinya dan tujuan utamanya adalah untuk memperkenalkan Daerah Setiu. Bukan sahaja kepada para pelancong luar negara tetapi juga pelancong dalam Malaysia sendiri terutamanya para peminat permotoran dua roda. Tambahan pula, lokasi program ini diadakan merupakan salah satu pusat pelancongan terkenal di Daerah Setiu.

Sebelum program ini dilaksanakan, pelbagai usaha telah dilakukan sepanjang persiapannya dan pihak penganjur amat berbesar hati di atas sokongan yang diberikan oleh barisan penaja. Antara yang sudi memberikan sokongan dan memastikan program ini berjalan lancar ialah seperti HVM Auto Part, HJR Motorsport, CF Motor (ATV Sports N Styles S/B), FKR Malaysia dan juga MOTOWAZI.

Pelbagai aktiviti dan acara disediakan sepanjang dua hari Terengganu Bike Mix Setiu ini berlangsung dengan Motor Show sebagai tarikan utama. Diadakan pada 25 Ogos, sebanyak 5 kategori utama telah dipertandingkan iaitu Retro Cub Open, Honda Klasik Open, Vespa/Skuter 90-an Open, Motor Cantik / Berhias dan juga Ubah Suai / Kreatif. Penyertaan dibuka kepada setiap pembelian baju event yang layak untuk mendaftar secara automatik.

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan segmen Santai Tepi Pantai, gerai-gerai jualan, Santai Bersama Otai-Otai Bikers, Bual Bicara Keselamatan, Overlander dan Gi Mekoh Nga Mutor yang dikendalikan oleh moderator, Shamsul Ghau Ghau. Manakala panel-panel pula terdiri dari Ketua Polis Daerah Setiu, Hj Wazi Abdul Hamid dan Diami Yusoff.

Bukan hanya aktiviti permotoran, ada juga aktiviti lain yang disediakan untuk para pengunjung seperti Cabutan Bertuah, segmen Karaoke Bikers khusus untuk lelaki sahaja, Bikers Camping At The Beach. Tidak ketinggalan, persembahan oleh artis terkenal Malaysia iaitu Blank Gamma.

Sebelum melabuhkan tirai untuk penganjuran Terengganu Bike Mix Setiu untuk kali pertama ini, pihak penganjur menyediakan segmen Cabutan Bertuah Mega. Tahniah diucapkan kepada para pemenang bertuah dan juga kepada pihak penganjur bersama barisan penaja kerana berjaya menganjurkan Terengganu Bike Mix Setiu. Semoga program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan dan menarik lebih ramai pencinta dua roda serta pelancong untuk datang ke Setiu!

Previous Post

Ukhuwah Permotoran Diperkukuhkan, Saling Menyokong Satu Sama Lain

Next Post

Pemenang Bertuah Dari Kelantan, Bawa Pulang Yamaha Y16ZR!

Next Post

Pemenang Bertuah Dari Kelantan, Bawa Pulang Yamaha Y16ZR!

CAPAIAN

  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved