Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

5 Model Suzuki Ke Pasaran Hujung 2023

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-07
in BULETIN, UTAMA
0

Suzuki Malaysia mempamerkan 5 model terbaharu yang bakal menemui peminat penghujung tahun 2023 ketika acara Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023 yang berlangsung di World Trade Center KL pada akhir Ogos lepas. Antara 5 model yang ditayangkan kepada pengunjung yang hadir adalah Suzuki Gixxer SF250, Suzuki Gixxer 250, Suzuki V-Strom 250SX dan dua buah model skuter iaitu Suzuki Avenis 125 dan Suzuki Burgman 125.

V-Strom 250 SX
Model yang bakal menerjah pasaran motosikal tempatan adalah dari segmen touring. V-Strom 250 SX merupakan ‘spesis’ yang sama dengan rekaan Suzuki V-Strom 650. Malah, ramai mengatakan bahawa rekabentuk bagi model Suzuki V-Strom 250 SX (2023) mengambil ilham Suzuki V-Strom 800 dan 1050 XT yang direka untuk dwi-tunggangan samada di bandar dan off-road ringan.

Suzuki V-Strom 250SX (2023) dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 249cc SOHC penyejukan minyak (SOCS) dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 26.5hp @ 9,300rpm dan tork 22.2Nm@ 7,300rpm.
Transmisi klac manual 6-kelajuan. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Champion Yellow (kuning), Pearl Blaze Orange (jingga) dan Glass Sparkle Black (hitam).

Suspensi fork teleskopik 41mm di depan, dan monoshock boleh laras prabeban 7-tetapan (belakang). Saiz rim 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang) dengan tayar dwi-guna MRF buatan India. Sistem brek cakera tunggal 310mm (depan), dan cakera 240mm (belakang) dengan kaliper Bybre seta turut dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Kapasiti tangki minyak 12 liter. Juga ada gad tangan dan soket kuasa USB untuk mengecas telefon pintar atau peranti navigasi. Sistem lampu jenis LED untuk lampu depan dan belakang, manakala lampu signal belok jenis mentol halogen.

Suzuki Gixxer SF250 & Suzuki Gixxer 250
Selain model touring, Suzuki turut memperkenalkan model naked iaitu Suzuki Gixxer 250 dan Gixxer SF 250 pada Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) yang berakhir penghujung Ogos lepas.

Sama seperti model V-Strom 250, dua model ini juga dijangkakan akan melancarkan pengenalan bagi dua jentera sederhana ini pada penghujung tahun ini.

Menurut info, Suzuki Malaysia, kedua-dua model street bike ini akan menjadikan ia model CKD sekali gus mengekalkan harga pasaran tempatan berdaya saing.

Gixxer 250 dan Gixxer SF250 dikhabarkan akan ditawarkan pada tag harga sekitar RM21,000 didatangkan dengan enjin yang sama – kilang satu silinder, penyejuk cecair dengan SOHC dan penyesaran 249 cc. Ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, motosikal Gixxer menghasilkan 26.5 PS pada 9,300 rpm dengan tork maksimum 22.2 Nm pada 7,300 rpm.

Seperti yang ditetapkan oleh nama, Gixxer 250 adalah dari segmen naked bike manakala Gixxer SF250 pula dilihat seperti model sportbike kecil. Selain daripada perbezaan dibahagian fairing keseluruhan model ini termasuk bar hendal dan lampu depan adalah serupa.

Daripada informasi spesifikasi yang dipamerkan pada KLBS 2023 lalu, model Gixxer didatangkan dengan brek cakera hidraulik hadapan dan belakang serta ABS dua saluran. Suspensi dilakukan dengan garpu teleskopik tidak boleh laras dalam garpu dan monoshock boleh laras pramuat di belakang.

Saiz rim rodanya pula ditawarkan pada saiz 17-inci depan dan belakang, dengan tayar depan bersaiz 110/70 manakalan saiz tayar belakang adalah 150/60. Model Gixxer 250/SF250 ditawarkan dengan tangka bahan api bersaiz 12 liter dan berat keseluruhan disenaraikan sebagai 161 kg.

Burgman Street 125EX
Jika sekiranya anda tidak berkesempatan untuk memiliki skuter Burgman pada kuasa yang besar, Suzuki Malaysia kini membawa adiknya, Burgman Street 125EX. Dikenali dengan jentera yang Elegan, Burgman Street 125EX agak kecil berbanding abang-abangnya dari kuasa 200cc hingga ke 1000cc.

Bagaimanapun anda akan menikmati tahap kemewahan dan kecanggihan yang unik dalam kelas skuter jenis kompak.

Burgman Street 125EX yang dikenali dengan jolokan ‘The Elegant Performer’ merupakan model dengan kombinasi prestasi yang unggul prestasi, jentera yang menyeronokkan, kepantasan untuk bergerak, selesa, agak praktik, penjimatan bahan api optimum dan pelepasan CO2 yang rendah berbanding jenama lain.

Daripada segi luaran, Burgman Street 125EX cukup bergaya dan kelihatan agak mewah sama seperti model yang lebih besar. Malah model yang cukup elegan dan canggih dari segi berketrampilan membolehkan penunggang menikmati suasana perjalanan samada pada jarak dekat mahupun bersantai di hujung minggu.

Suzuki Avenis 125
Dikenali dengan jolokan ‘The Urban Arrow’, model ini amat sesuai bagi mereka yang melakukan perjalanan di sekitar bandaraya yang kerap diselubungi dengan permasalahan kesesakan lalulintas atau mengharungi laluan sempit berdepan dengan kenderaan yang banyak.

Suzuki Avenis 125 kelihatan agak feminine namun keupayaan dengan kuasa enjin 125cc membolehkan model ini bergerak dengan lincah dan pantas ketika mencelah sekali pun berada di laluan yang sempit dan penuh dengan kenderaan lain. Antara saingan Avenis 125 adalah seperti Yamah Ego Gear dan Honda Vario 125.

Melihat kepada rekabentuknya, Avenis 125 menampilkan garisan tajam di bahagian depan sehinggalah ke bahagian ekornya yang ramping. Anda juga dihidangkan dengan penggayaan yang membangkitkan deria visual kelajuan dan menjanjikan perjalanan yang menarik.

Model ini juga dianggap skuter paling ekonomi dan mencapai penjimatan bahan api optimum dan melepasi tahap CO2 yang rendah. Avenis 125 ialah pilihan terbaik untuk memenuhi kebanyakan keperluan skuter, sama ada berulang-alik ke tempat kerja, menjalankan tugas harian, atau hanya keluar untuk menikmati panorama yang menyeronokkan di sekitar bandar.

Mengikut info yang diberikan, Suzuki Burgman Street 125 EX dan Suzuki Avenis 125 akan didatangkan pada tag harga RM7 ribu hingga RM8 ribu. Dan, kedua-dua model ini akan dipasangkan dalam negara atau dalam bentuk CKD.

Kedua-dua model (Suzuki Burgman Street 125 dan Suzuki Avenis 125) ini juga memiliki kapasiti enjin yang sama iaitu 124cc, 1 silinder, 2 Injap, 4 Lejang, Penyejukan Udara, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatic CVT.

Previous Post

Pemenang Bertuah Dari Kelantan, Bawa Pulang Yamaha Y16ZR!

Next Post

Keunggulan Jentera Berkuasa 800cc

Next Post

Keunggulan Jentera Berkuasa 800cc

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved