Setelah menyiarkan teaser untuk memaklumkan kehadiran motor naked ikonik terbaharu keluarannya, akhirnya Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 dilancarkan dengan rasminya pada 26 Januari menerusi siaran secara maya yang dipertontonkan ke seluruh dunia. Ia bukan sahaja motor baharu model tahun 2018 yang dikemaskini, malah Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 ini menjadi kayu ukur untuk motor kategori naked yang tampil lebih berkuasa dan serba canggih dengan teknologi terkini.
Motor ini merupakan Speed Triple paling ringan dengan berat 198kg, 10kh lebih ringan berbanding model sebelumnya. Casis terbaharu yang ringan untuk mass-centralisation dengan posisi tempat duduk yang baharu. Sepertimana yang disebut di awal tadi, motor 2021 ini menggunakan enjin yang lebih berkuasa dengan kapasiti lebih besar tetapi lebih ringan dan kompak berbanding model terdahulu. Enjin 1,160cc 3-silinder baharu ini menghasilkan 180ps pada 10,750 rpm. Lebih pantas dan keras, mengurangkan sebanyak 12% inertia serta turut menghasilkan lebih tork.
Selain itu, ia dilengkapi dengan spesifikasi di litar seperti suspensi Ohlins, brek Brembo Stylema dan dikemaskan dengan tayar Metzeler RACETEC RR. Sudut teknologi pula, ia dilengkapi dengan down quickshifter dan New Triumph Shift Assist dengan skrin TFT 5” baharu. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan lima mode penunggangan termasuk Track Mode yang telah dikemaskini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Triumph Speed Triple 1200 RS 2021, layari https://www.facebook.com/Triumph.Motorcycles.Malaysia.